26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah Mendedahkan Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Ingin Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Mengatakan Bahawa Allah Memberikan Perasaan Itu’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan bahawa suaminya, Aliff Aziz pernah menyuarakan hasrat untuk bercerai secara baik dengannya pada Februari lalu.

    Bella merayu dengan Aliff

    bella

    Ketika ditemui , Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia sangat terkejut dengan kenyataan Aliff yang mengakui sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya meskipun ketika itu rumah tangga mereka sedang harmoni.

    Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai dan dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.

    Masa itu pelik kenapa tiba-tiba nak minta cerai… tiada ribut tiada angin tapi Aliff kata Allah bagi perasaan itu.

    Bella memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K-Town Korean BBQ, Komersial Radio, Bukit Jelutong, Shah Alam pada petang Rabu.

    Walau bagaimanapun, Bella enggan bercerai lalu bertindak merayu kepada Aliff untuk tidak meneruskan hasratnya demi kesejahteraan anak-anak.

    Saya merayu dengan dia supaya kesian pada anak-anak.

    Saya pujuk Aliff siap hantar video, tapi dia kata dia sudah tak rasa apa-apa pun.

    Dia cakap nak cerai pada 31 Mac dimana selepas habis penggambaran drama Jerat.

    Dalam pada itu, Bella menjelaskan bahawa dia meminta petunjuk daripada Allah SWT untuk melindungi rumah tangganya namun, tidak menyangka menerima berita mengenai penangkapan khalwat suaminya bersama pelakon, Ruhainies.

    Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat.

    Saya terfikir, kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba?

    Sebab itu saya solat istiqarah dan sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan dengan kes khalwat. Jadi, inilah jawapannya.

    Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

    MENARIK:  [VIDEO] Zaquan Adha Laporkan Rita Rudaini ke Polis, Mendakwa Ucapan Berunsur Fitnah

    Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    The following two tabs change content below.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.