Tak payah dah buka laptop atau susah-susah ke sana sini untuk cari kerja. Dengan Aplikasi MYFutureJobs dari PERKESO, urusan permohonan kerja sekarang boleh dibuat terus dari telefon korang. Haa.. Cepat, mudah dan semuanya di hujung jari.
MYFutureJobs akan mudahkan proses korang untuk kemas kini profil dan mohon kerja secara on-the-go, ikut masa dan tempat yang paling sesuai — sama ada tengah lepak kat rumah, tunggu LRT atau masa makan tengah hari sekalipun. Tinggal install, scroll, dan apply!
Antara fungsi dalam aplikasi ni:

Padanan kerja pintar
Guna teknologi AI untuk cadangkan kerja ikut minat, skil & pengalaman korang.
Permohonan boleh dibuat dengan hanya satu klik
Tak perlu isi borang panjang lebar. Klik je, terus apply!
Notifikasi & status real-time
Tak perlu tertanya-tanya. Korang akan dapat notifikasi kalau ada jemputan temuduga atau tawaran kerja.
Akses bila-bila masa & di mana sahaja
Dekat mana-mana pun korang berada, aplikasi ini boleh diakses tanpa sebarang masalah, senang cakap nak cari kerja bila-bila masa pun boleh.
Percuma sepenuhnya & dikhususkan untuk peluang kerja tempatan
MYFutureJobs bukan saja selamat dan telus, tapi juga 100% percuma untuk semua pencari kerja dan majikan. Tak perlu risau tentang bayaran tersembunyi atau caj tambahan untuk akses ciri premium — semua fungsi boleh digunakan tanpa sebarang kos.
Lebih menarik, aplikasi ini memang direka khusus untuk pasaran kerja tempatan. Jadi setiap peluang yang dipaparkan adalah relevan dan selari dengan keperluan semasa di Malaysia.
Macam mana nak muat turun aplikasi ni? Senang je!

Korang cuma perlu cari MYFutureJobs di App Store untuk pengguna iOS atau di Google Play bagi pengguna Android. Tekan ‘install’, dan aplikasi akan terus tersedia dalam telefon korang — tak sampai seminit pun!
Tapi PERKESO tak berhenti setakat tu je. Aplikasi MYFutureJobs akan terus dipertingkat dengan pelbagai ciri baru yang lebih mesra pengguna dan praktikal.
Antaranya, termasuklah sokongan pelbagai bahasa supaya semua rakyat Malaysia mudah menggunakannya, reka bentuk lebih interaktif, fungsi biometrik seperti cap jari dan pengecaman wajah untuk log masuk dengan lebih selamat dan pantas.
Ada juga ciri ‘Job Near Me’ yang bantu korang cari peluang kerja berdekatan lokasi semasa, serta dashboard permohonan kerja khas untuk jejak status temuduga dan permohonan korang dengan lebih mudah.
Jadi tunggu apa lagi? Jom muat turun MYFutureJobs sekarang demi masa depan yang lebih cerah! Jika korang memerlukan sebarang maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka di SINI.
The post Tak Perlu Panik Kalau Menganggur — Cari Kerja Sekarang Guna Aplikasi MYFutureJobs Je! first appeared on OHBULAN!.