Suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh meluahkan rasa kagum terhadap isterinya yang menolak tawaran menjadi duta sebuah jenama besar bernilai RM1.2 juta.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Bangga & Pertahankan Bahasa Melayu – ‘Kenapa Pergi Tempat High Class Kena Cakap Bahasa Inggeris?’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Didik Anak Hidup Bersederhana, Tak Pandai Pakai Barang Berjenama – ‘Saya Bukan Lahir-Lahir Senang’
Tolak tawaran bernilai jutaan ringgit
View this post on Instagram
Menerusi Threads, Lokman berkongsi bahawa isterinya menolak tawaran bernilai jutaan ringgit itu sebagai tanda solidaritinya terhadap penduduk di Palestin.
Tambah Lokman, Atikah juga tidak memaklumkan mengenai perkara ini sebaliknya memilih untuk terus mengabaikannya.
Baby (Atikah), tahu tak kenapa I bangga sangat dengan you?
I nampak kontrak atas meja bernilai RM1.2 juta, dari jenama besar yang nak lantik you jadi duta.
I diam saja selepas lima hari kemudian baru I tanya, ‘Eh baby, I ni suami you tau. You kena tanya atau bagitahu I kalau ada apa-apa’.
You kata, ‘Jenama tu nak ambil I jadi duta, bayar RM1 juta lebih. Tapi I tolak sebab I boikot. Tapi terima kasih lah sebab diaorang offer’.
Serius I bangga gila dengan you.
Atikah tak mudah dikaburi dengan wang ringgit

Tambah Lokman, dia bertambah kagum dengan Atikah kerana isterinya itu tidak mudah dikaburi dengan wang ringgit dan tegas dengan pendiriannya memboikot mana-mana jenama yang bersubahat dengan Israel.
Tapi dalam hati, nak juga RM1 juta tu haha (jujur ja ni). Tapi I tahu jenama tu memang milik Yahudi.
Jadi, I cakap pada dia, ‘I bangga gila dengan you tapi tu banyak duit tau’.
Dia jawab, ‘Ya, tapi duit tu akan habis. Dosa I itu tak akan diampunkan kalau I sokong mereka yang terlibat dengan pembunuhan dan sebagainya. Jadi tak payah la kita sembang pasal ni, buang masa je’.
I terus macam, ‘Wow orang Singapura pun boleh fikir macam tu. Islam tetap Islam, tak kira negara mana.’
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan murni Atikah.
Sumber: Threads
The post Suami Bangga Dengan Atikah Suhaime, Tetap Pendirian Boikot & Tolak ‘Offer’ Jadi Duta Bernilai RM1.2 Juta first appeared on OHBULAN!.