26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Lagu Baru Diana Danielle Tak Sindir Sesiapa – ‘Niat Saya Hanya Untuk Hiburkan Pendengar’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menafikan single terbarunya yang berjudul Raja Dusta ditujukan kepada bekas suami, Farid Kamil.

    Sekadar lagu

    Ketika ditemui , Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson menegaskan lagu tersebut tidak menyindir mana-mana individu malah ia dicipta untuk mereka yang sedang bercinta.

    Saya mahukan keberkatan dalam bekerja. Maka saya tidak menggunakan lagu itu untuk ditujukan kepada sesiapa sebab bagi saya, lagu itu akan kekal selamanya dengan saya.

    Pada pendapat saya, lagu itu lebih relevan kepada individu yang sedang bercinta.

    Justeru itu, ibu kepada dua orang anak ini menyerahkan inteprestasi lagu berkenaan kepada pandangan masing-masing.

    Lagu-lagu saya sebelum ini pun dikaitkan dengan kisah hidup juga. Jadi pada saya, itu perkara biasa kerana ianya bersifat peribadi..orang akan kaitkan dengan pengalaman mereka sendiri.

    Semuanya berbalik kepada pendapat para pendengar tetapi niat saya hanya mahu menghiburkan orang.

    Saya pun bukanlah baru dalam bidang ini, cuma hanya mahu kembali aktif. Jadi saya fokuskan kepada kemampuan diri dan berikan yang terbaik untuk pendengar.

    Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Rizman Ruzaini yang berlangsung di Hotel Shangri-La pada Rabu.

    Inspirasi lagu Seksis

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

    Dalam pada itu, aktres berusia 34 tahun tersebut berkongsi bahawa single tersebut diinspirasikan daripada lagu Seksis nyanyian Anita Sarawak.

    Sebenarnya Anita Sarawak menjadi inspirasi buat saya. Semenjak kemunculannya mempersembahkan lagu Seksis di Anugerah Juara Lagu (AJL), saya sangat suka akan konsep tersebut.

    Saya melihat dia sebagai seorang penghibur yang sangat memukau. Jadi saya berbincang dengan pihak pengurusan untuk mengembalikan semula era Anita Sarawak.

    MENARIK:  Bella Astillah Mendapat Pujian Netizen Kerana Membuat Kuih Raya Hingga Tengah Malam - 'Selain Cantik, Pandai Cari Duit'

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.