Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui dirinya masih memerlukan ruang dan waktu bagi memulihkan semula emosi dan kesihatan mentalnya selepas menjadi serangan ‘cyberbully’ di media sosial.
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Tak Bagi Muka Kepada Buli Siber, Akan Ke SKMM Beri Kenyataan
Nak terus positif
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman ini mahu terus positif dan tidak mahu emosinya mengganggu perjalanan karier.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 32 tahun ini bersyukur mempunyai sokongan yang kuat daripada keluarga dan pihak pengurusan.
Dari segi emosi dan kesihatan mental saya, saya aku saya masih tak okay tapi saya beritahu diri saya tak boleh ‘down’ sebab banyak kerja dan komitmen saya kena buat.
Saya tak boleh baring dan duduk menangis saja sebab nanti susahkan orang lain,”
Keluarga dan pihak pengurusan buat saya rasa okay sikit untuk kembali seperti sediakala. Saya takut kalau lama-lama kita layankan perasaan, boleh jadi ‘depression’.
Jadi saya sekarang saya cuba tak fikir benda negatif dan fokus pada benda positif sahaja, biarpun saya masih dapat komen negatif di media sosial.
Sophia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sesi fotografi drama bertempat di Balai Berita Bangsar pada Khamis.
Takut keluar sendirian

Bercerita lanjut, pelakon filem ‘Reeza GTR’ ini memaklumkan dia akan sentiasa memastikan dirinya ditemani setiap kali keluar rumah supaya keselamatannya terjamin.
Saya rasa tak selamat nak keluar berseorangan jadi saya kurang keluar dan kalau keluar, pasti berteman seperti kawan-kawan atau pembantu peribadi saya.
Di acara saja saya tunjuk muka. Sebab saya takut apa-apa jadi, kita tak tahu apa yang boleh berlaku.
Terdahulu, Sophia mula menjadi bualan selepas dirinya berdepan dengan beberapa siri serangan digital yang melampau, seperti kecaman berunsur lucah, penghinaan, ugutan, serta gangguan seksual secara terbuka sejak awal Ogos lalu.
The post Sophia Albarakbah Perlu Masa Pulihkan Kesihatan Mental – ‘Rasa Tak Selamat Keluar Seorang’ first appeared on OHBULAN!.