25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 29, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Saya Wanita yang Mandiri: Menyediakan Segalanya untuk Masa Depan Saya dan Anak-Anak Sebelum Kahwin

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Anzalna Nasir berkongsi sebuah rakaman video di mana dia melakukan trend meminta anaknya Mohamad Eidrees memilih hadiah serta tempat makan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-5, baru-baru ini.

    Ternyata hadiah yang dipilih oleh Eidrees pada masa itu bukan beshe-beshe sehingga netizen menyifatkannya sebagai anak yang bertuah. Berikutan video tersebut juga, segelintir netizen mula berteka-teki mengenai pekerjaan suami Anzalna. Ini kerana, kehidupan pelakon itu didakwa sangat mewah.

    Tak perlu tunggu lelaki

    Terpanggil untuk menjawab pertanyaan netizen, Anzalna berkata, bukan semua wanita mengharapkan duit suami untuk nampak mewah. Tambah Anzalna, wanita zaman sekarang ramai yang bekerjaya dan bijak dalam menguruskan kewangan.

    Tak perlu menunggu lelaki untuk mewahkan hidup. Kalau suami hulurkan duit Alhamdulillah. Kalau dapat suami kedekut Innalillah. Hidup jangan sesekali mengharapkan orang lain.

    Berbicara mengenai video membahagiakan anak sempena hari lahir, pelakon ‘Memori Cinta Suraya’ ini memberitahu dia sudah menyediakan segalanya untuk masa depan anak-anak dan diri sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.

    Maaf ya 100 peratus duit mommy dia. Saya perempuan yang tak mengharapkan lelaki. Sebelum kahwin dah sediakan segalanya untuk masa depan saya dan anak-anak.

    Terdahulu, Anzalna dilihat menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya itu. Selain wang tunai, Eidrees memilih dompet dan makan di restoran jenama mewah.

    MENARIK:  [VIDEO] Madammu Beri Nasihat kepada Netizen, Marah Diminta Memberi Pendapat Mengenai Perceraian Fattah & Fazura – ‘Perhatikan Keluarga Kita, Jangan Campur Tangan dalam Rumah Tangga Orang’

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.