Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa mencabul anak saudaranya yang berusia tujuh tahun hanya kerana kurang senang dengan sikap kakak iparnya yang dianggap cerewet.
Marah kakak ipar, anak saudara jadi mangsa
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Tasikmalaya iaitu AKP Iwan Budiarta memaklumkan bahawa suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada Mac 2025, di kediaman yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.
Tindakan ini dilakukan di rumah nenek mangsa.
Sebelum melakukan perbuatan itu, suspek telah memujuk mangsa dengan menjanjikan akan meminjamkan telefon bimbit miliknya.
Menurut Iwan, kejadian ini terbongkar selepas ibu mangsa mula berasa curiga dengan perubahan tingkah laku anaknya termasuk kanak-kanak itu kerap menyentuh bahagian alat sulit malah mengadu sakit. Lebih mengejutkan apabila mangsa memberitahu bahawa dia telah diajar oleh bapa saudaranya, iaitu suspek.
Susulan daripada itu, ibu mangsa telah tampil membuat laporan polis dan akhirnya suspek telah ditahan. Semasa soal siasat, suspek yang berusia 26 tahun itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk tersebut kerana kesal terhadap ibu mangsa yang merupakan kakak iparnya.
Jadi, pelaku ini berasa marah terhadap ibu mangsa yang juga merupakan kakak iparnya.
Menurut keterangan suspek, ibu mangsa ini dianggap banyak mulut atau cerewet dan kadang-kadang memarahi ibu suspek.
Susulan daripada itu, suspek berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.