25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, November 8, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Serangan ke IG Fattah Amin: Netizen desak pujuk Fazura sepenuh hati – ‘Bini kau punya lah lawa’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Nur Fazura

    Di kala netizen berkampung di Instagram pelakon Nur Fazura untuk memberikan kata-kata semangat. Lain pula ceritanya dengan apa yang terjadi kepada suami aktres itu, aktor Fattah Amin.

    ‘Pujuk Fazura’

    Nur Fazura

    Selepas berita Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah kecoh dalam media sosial, netizen mula menyerang Instagram aktor berusia 33 tahun itu.

    Dapat dilihat, wargamaya seakan menyalahkan Fattah dan mendakwa dia punca rumah tangga mereka bergolak hingga membawa kepada perpisahan.

    Tidak hanya itu, terdapat segelintir warganet yang meluahkan rasa kecewa terhadap Fattah dan berharap dia segera memujuk isterinya sebelum terlambat.

    Warganet menasihati pasangan itu untuk mempertahankan rumah tangga yang di bina selama tujuh tahun demi satu-satunya anak mereka, Nur Fatima.

    Terdahulu, media melaporkan Fazura sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    MENARIK:  Aweera Mendakwa 'Nak Pergi Tempat Jauh', Peminat Mengungkap Risau - 'Seramnya, Bro Kau Dah Okay?'

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.