31.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Riezman Khuzaimi Kongsi Pengalaman Ziarah Pusara Arwah Zara Qairina – ‘Aura Lain, Bulu Roma Naik’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon, Riezman Khuzaimi berkongsi pengalaman menziarahi pusara Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang didakwa maut kerana menjadi mangsa buli.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tuntut Keadilan Buat Zara Qairina – ‘Yang Salah Tetap Salah & Perlu Dihukum’

    Artikel Berkaitan: Siasatan Punca Kematian Zara Qairina Diteruskan, Mungkin Jatuh Sebab Melompat Atau Menghayunkan Badan

    Momen menyentuh hati

    Ketika ditemui , Riezman, 55, akui sebak sejurus sampai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Ubi, Mesapol Lama, Sipitang, Sabah.

    Ujarnya, dia gagal menahan sebak seakan-akan mengenali arwah Zara Qairina ketika dirinya masih hidup.

    Kebetulan, saya bersama Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Sophia Albarakbah berada di Sabah untuk mempromosikan filem Tembuni Berdarah. Jadi, jadi saya fikir mengapa tidak kita ziarah kubur arwah Zara di Sipitang.

    Apabila sampai di kuburnya, auranya lain. Belum nampak kubur, baru terlihat papan tanda tanah perkuburan, bulu roma saya sudah naik.

    Saya sayu dan sebak. Saya automatik menangis.

    Saya tidak pernah jumpa arwah Zara, tapi rasa macam anak saya sendiri. Rasa macam kenal rapat dengan arwah.

    Riezman berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan episod ke-27 drama Setia Itu Mahal di Kelab Darul Ehsan (KDE), baru-baru ini.

    Soladiriti buat arwah

    Dalam pada itu, Riezman atau nama sebenar, Mohd Rizman Mohd Khuzaimi memaklumkan lawatannya ke pusara sebagai solidariti buat Allahyarham Zara.

    Saya tidak akan berhenti menyokong dan bersama-sama dengan orang ramai terutama penduduk Sabah untuk memperjuangkan keadilan buat arwah.

    Pada usia ini, saya lebih cenderung kepada memberi kembali pada masyarakat.

    Saya mahu ambil peluang untuk memperjuangkan perkara positif sebab saya fikir bagaimana kalau perkara ini jadi pada anak saya.

    The post Riezman Khuzaimi Kongsi Pengalaman Ziarah Pusara Arwah Zara Qairina – ‘Aura Lain, Bulu Roma Naik’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Penceramah Bebas Berusia 39 Tahun Ditahan Polis, Didakwa Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.