28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Penceramah Bebas Berusia 39 Tahun Ditahan Polis, Didakwa Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Seorang penceramah bebas ditahan polis selepas didakwa menyebarkan video seks bersama empat isteri, pada Selasa lalu.

    ‘Jumpa video seks suspek dengan isteri-isteri’

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada isteri kedua suspek pada 16 Jun lalu.

    Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis juga merampas beberapa gajet milik suspek selain turut menemui beberapa video seks dalam peranti elektronik itu.

    Bertindak atas laporan, polis membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan merampas dua telefon bimbit serta sebuah komputer riba milik suspek.

    Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek menjumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isteri dan gambar mengaibkan beberapa wanita lain.

    Susulan daripada itu, suspek direman selama empat hari bermula Rabu sehingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

    Suspek diberi jamin namun polis sedang melengkapkan siasatan.

    Sumber: Harian Metro

    The post Penceramah Bebas Berusia 39 Tahun Ditahan Polis, Didakwa Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Mamat Sepah Berpuas Hati Dengan Keputusan Pihak Polis

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.