27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    redONE Menawarkan Hadiah Dan Insentif Tunai Lebih RM1.5 Juta Untuk Menghargai Rakan Jualan!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    redONE Network Sdn Bhd (redONE) selaku Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar baru-baru ini telah menganjurkan acara Star Nite 2024 bagi menghargai pencapaian rakan jualan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), Genting Highlands.

    Bertemakan ‘Asean’, malam berprestij ini telah menyaksikan hadiah dan insentif wang tunai mencecah lebih RM1.5 juta diberikan dalam menghargai pencapaian serta prestasi luar biasa rakan jualan redONE sepanjang tahun 2023.

    Berjaya dihadiri lebih 1,200 tetamu serata negara

    Malam yang penuh berprestij ini dimulakan dengan persembahan pancaragam secara langsung dan juga tarian singa yang bertenaga daripada kumpulan Master Siow Lion Dance.

    Acara ini turut dihadiri oleh lebih 1,200 tetamu terhormat termasuk pasukan pengurusan kanan redONE Malaysia, Thailand dan Singapura serta rakan kongsi strategik.

    Lebih 50 rakan jualan di seluruh negara dalam 12 kategori termasuk rakan kongsi prabayar dan pascabayar, jualan nasional dan serantau, pengedar dan pelbagai lagi turut memeriahkan majlis di mana lebih RM500,000 insentif tunai telah diberikan.

    Sebanyak 20 individu berjaya memenangi kereta dan skuter EV

    Kemuncak sambutan ini apabila redONE berbesar hati menawarkan Hadiah Bonanza Kereta di mana sebanyak 20 kereta baharu dan skuter EV bernilai hampir RM900,000 telah diberikan kepada rakan jualan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023.

    Kenderaan yang diberikan terdiri daripada dua buah BYD ATTO 3, 10 buah Blue Shark EV Bike, 4 buah Perodua Bezza dan 4 buah Perodua Ativa.

    Ong Yue Lun dari NTT Global Marketing dan Tay Sock Yoon dari Kesh Communications di Melaka selaku rakan jualan redONE dengan jumlah pencapaian jualan tertinggi masing-masing berjaya memenangi BYD ATTO 3 sebagai hadiah utama.

    Beberapa pusingan cabutan bertuah turut dijalankan di mana lebih 30 pemenang membawa pulang gajet bernilai lebih RM135,000.00.

    Pada tahun 2024 ini, redONE tampil turut mengumumkan legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali yang akan berkhidmat sebagai Duta Jenama redONE. Kerjasama itu akan menyaksikan ikon bola sepak berganding bahu dengan redONE untuk memacu pelan tanpa had redONE Pascabayar UX50 yang menawarkan ganjaran kepada pelanggan dengan jersi Safee Sali eksklusif.

    MENARIK:  Datuk Lee Chong Wei Memberikan Respon Terhadap Penyertaan Taufik Hidayat Dalam Hall Of Fame BWF

    Hasil daripada penjualan pelan pascabayar edisi Safee Sali ini akan disumbangkan kepada Pusat Permata Kurnia, sebuah sekolah pendidikan khas di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

    Sehubungan itu, redONE juga telah menyatakan komitmen mereka untuk terus bekerjasama dengan kelab bola sepak Liga Super Malaysia yang disegani, PDRM FC, berikutan kejayaan perkongsian selama 4 tahun, seterusnya menunjukkan komitmen syarikat untuk menyumbang ke arah pertumbuhan sukan di negara ini.

    Pihak redONE pada tahun ini komited untuk membuat penjenamaan semula sebagai usaha untuk mencapai lebih ramai pelanggan sekaligus kekal releven dalam industri telekomunikasi yang sentiasa berubah.

    Selain itu, jenama ini bakal mengumumkan pelan pascabayar dan prabayar 5G yang baharu serta lebih menarik buat para pengguna. Butiran lanjut mengenai pelan ini bakal diumumkan kelak.

    Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Ameen Amaendran mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi atas komitmen tidak berbelah bahagi yang telah diberikan.

    Terima kasih kerana menjadi penggerak di sebalik kejayaan redONE. Kami berharap sambutan ini bukan sahaja menjadi platform ganjaran atas dedikasi yang telah dipamerkan oleh rakan kongsi kami sepanjang tahun 2023 tetapi mampu menyemarakkan motivasi untuk terus memberikan yang terbaik.

    Berbekalkan usaha dan serta kerja keras yang berterusan, kita mampu untuk menyediakan pentas pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan.

    Buat korang yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rakan jualan redOne, korang boleh layari laman rasmi redONE dengan klik di SINI atau hubungi Pengurus Saluran pasukan jualan redONE di pejabat negeri masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.