28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Rakan Niaga Sufi Rashid Syukur Harus Bayar Ganti Rugi Sebanyak RM165K

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    sufie ditipu

    Penyanyi kelahiran Singapura iaitu Sufi Rashid meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, mengarahkan bekas rakan niaga dikenali sebagai Jai membayar ganti rugi berjumlah RM165,000 terhadapnya berhubung tuntutan kes penipuan penganjuran sebuah festival muzik di Sepang, Selangor sekitar dua tahun lalu.

    Kena tipu untuk projek pertama

    sufie ditipu

    Menerusi temu bual bersama , Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufi Rashid berkata, kes penipuan tersebut menyebabkannya mengalami kerugian sekitar RM1.2 juta.

    Kami sepatutnya nak anjurkan acara muzik di Malaysia tetapi sayangnya, kena tipu dan rugi sekitar RM1.2juta. Dah la itu projek pertama kami di Malaysia.

    Dia perlu bayar kepada saya sebanyak RM1 juta tetapi yang diterima hanya setengah juta. Kalau tak mampu, kami beri kelonggaran.

    Selain itu, Sufi memberitahu perkara tersebut memberi impak emosi terhadap isterinya, NurulAin Md Yusof sehingga mencetuskan rasa takut. Ini kerana, syarikat tersebut didaftarkan atas nama NurulAin.

    Kes ini memang beri impak besar terhadap kami sehingga ada klien yang mencari isteri saya. Dia jadi terlalu risau dan hampir tidak dibenarkan ke luar negara kerana kes ini. Dia berasa tertekan sehingga takut nak keluar dari rumah.

    Syukur hasil melantik peguam yang bagus, keputusan mahkamah berpihak kepada kami pagi tadi.

    Memang bayaran yang diterima kami tidak balik modal tetapi semua ini untuk memberi pengajaran agar tidak melakukan hal sama terhadap orang lain.

    Akan lebih berjaga-jaga walau kawan sendiri

    sufie ditipu-2

    Tambahnya, kes tersebut turut membuatkan beberapa perancangan dan penganjuran konsert anjuran syarikatnya terbantut.

    Isu ini ganggu banyak perkara tetapi lega semuanya sudah berakhir.

    Kau sentuh isteri aku, memang kau akan kena. Sekurang-kurangnya ada pengajaran untuk defendan.

    Dalam pada itu, insiden terbabit turut membuatkan dia lebih berhati-hati untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menganjurkan sebarang acara.

    MENARIK:  Bercerai Selepas 34 Tahun Kahwin, ND Lala dan Fauziah

    Kes ini buat saya susah nak percaya dengan orang.

    Selepas ini memang akan ada hitam putih untuk sebarang persetujuan walaupun dengan kawan sendiri.

    Pagi tadi, Sufi mengundang perhatian warganet selepas memuat naik hantaran yang memaparkan tangkap layar surat perintah mahkamah yang mengarahkan pihak defendan perlu membayar ganti rugi am yang ditafsirkan oleh pihak mahkamah.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.