32.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 23, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Pertandingan Penulisan Skrip & Drama ToYm Hargai Bakat Baru

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Dianjurkan oleh Thousands of Years Media (ToYm) dan dipersembahkan bersama oleh Sunstrong Entertainment, ToYm Wardrobe, WMD dan Flowers.com.my, majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Penulisan Skrip Drama Mikro dan Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang pada malam Ahad lalu.

    Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Rangkul Trofi Pertama Selepas 24 Tahun Dalam Industri Seni – ‘Saya Tak Letak Anugerah Sebagai Penanda Aras, Saya Suka & Ikhlas Berlakon’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Senario Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Allahyarham Hamdan – ‘Alhamdulillah, Ramai Yang Sayang Kami’

    Pengiat seni

    Acara yang berlangsung di Majestic Marine Ballroom @ Confetti KL, Mines 2 ini telah menghimpunkan lebih 300 tetamu terhormat, pencipta kandungan dan wakil industri filem serta media.

    Lebih daripada sekadar sebuah sambutan, malam anugerah ini menjadi pentas penting buat bakat-bakat baharu untuk menyerlah dan diketengahkan. Sejak penyertaan dibuka, kedua-dua pertandingan telah menerima lebih 300 penyertaan daripada penulis skrip dan penggiat kreatif dari Malaysia, China, Hong Kong dan Taiwan sekali gus membuktikan pengiktirafan dan kredibilitinya yang kian berkembang di peringkat serantau.

    Dalam ucapan perasmiannya, pengasas ToYm dan Sunstrong Entertainment, Jment Lim berkata, ToYm telah melaburkan sumber dan komitmen yang besar dalam pelbagai inisiatif kreatif asli seperti Pertandingan Idol Bintang Baharu, Pertandingan Penulisan Skrip Drama Mikro, dan Pertandingan Drama Mikro Terbaik.

    Program-program ini membuka peluang penting buat bakat tempatan menonjolkan kebolehan mereka, di samping menaikkan mutu penerbitan kandungan tempatan.

    Walaupun dunia ini tidak sempurna, selagi kita sanggup bertanggungjawab dan melakukan bahagian kita, kita tetap mampu menjadikan dunia kita sendiri serta seluruh dunia lebih baik sedikit demi sedikit.

    Meraih kejayaan

    Filem cereka mereka yang diiktiraf, Snow in Midsummer, meraih anugerah antarabangsa dengan memenangi “Uncaged Award for Best Feature Film” di Festival Filem Asia New York ke-23 dan “Firebird Award for Best Film” dalam “Young Cinema Competition (Chinese-Language)” di Festival Filem Antarabangsa Hong Kong ke-48.

    Filem tersebut turut terpilih untuk tayangan di festival berprestij seperti Festival Filem Antarabangsa Venice yang memperkenalkan penceritaan Malaysia ke persada dunia.

    Sementara itu, drama mikro In Character mencipta pencapaian baharu dalam landskap kandungan digital Malaysia apabila diiktiraf sebagai drama mikro bahasa Cina pertama negara dan mencatat lebih 14 juta tontonan. Ia kini menjadi penanda aras baharu dalam industri drama mikro tempatan.

    Dalam majlis yang sama, Jment Lim turut mengumumkan perancangan untuk menerbitkan sekurang- kurangnya lima drama mikro baharu, merangkumi pelbagai genre termasuk drama mikro berbahasa Melayu dan tema perayaan memperlihatkan kepelbagaian budaya Malaysia serta memenuhi cita rasa penonton tempatan.

    MENARIK:  [VLOG] Wawa Zainal and Aeril Zafrel Spend Half a Million to Show Appreciation for Agents and Stockists - 'Today Departing for Umrah with Cash'

    Malam anugerah turut menyaksikan kemunculan rasmi artis wanita pertama ToYm, Fatimah Noryyah. Menampilkan keyakinan penuh pesona, beliau mempersembahkan lagu Always Remember Us This Way, Bukan Cinta Biasa nyanyian asal Siti Nurhaliza, serta lagu klasik Mandarin Tibetan Plateau. Dengan keupayaan vokal dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Mandarin dan Inggeris. Fatimah membuktikan dirinya sebagai bakat versatil masa depan yang menjadi tumpuan pembangunan oleh ToYm.

    Berikut adalah senarai pemenang bagi penulisan skrip drama mikro ToYm:

    Hadiah Utama
    Tajuk: Murderous Girl
    Hadiah Wang Tunai: RM30,000.00

    Naib Juara
    Tajuk: The Invisible Killer
    Hadiah Wang Tunai: RM20,000.00

    Sagu Hati (Setiap pemenang menerima RM5,000.00)

    1. GOKILL
    2. KepadaPelajarBaru(ToNewStudents)
    3. OfficeBattleRoyale
    4. A Very Tiring Day
    5. HealingHearts

    Senarai pemenang pertandingan drama mikro terbaik ToYm:

    Hadiah Utama
    Tajuk: The Girl from the Other Side of the Galaxy
    Pencipta / Pasukan: Yap Khai Jing
    Hadiah Wang Tunai: RM100,000.00

    Naib Juara
    Tajuk: STEP BACK
    Pencipta: Khairi Hizami Bin Zalani Hadiah Wang Tunai: RM50,000.00

    Sagu Hati (Setiap pemenang menerima RM10,000.00)

    1. Tajuk:TheDeliveryVault Pencipta / Pasukan: Emagina Studio
    2. Tajuk:Devour Pencipta:
    3. Tajuk: Pencipta:
    4. Tajuk: Pencipta / Pasukan: Haffez Amin / Codils Media and Rights Eye Army Legacy
    5. Tajuk: She Is Coming Pencipta: Goh Cheng How

    The post Pertandingan Penulisan Skrip & Drama ToYm Hargai Bakat Baru first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.