Susulan kontroversi anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa sudah bernikah dengan lelaki pilihan, Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand, pelakon Zarina Zainuddin turut lantang bersuara di media sosial.
Hati mak ayah hancur
Menerusi komen di satu portal hiburan, Zarina kesal dengan tindakan melulu yang dilakukan oleh Marissa tanpa pengetahuan kedua orang tuanya.
Bagi Zarina, Marissa sudah dididik dengan ilmu agama yang bagus serta mempunyai masa depan cerah dengan lelaki bujang berakhlak mulia.
Mestilah terkejut anak Abby tu saya sendiri kagum dengan kecantikan dia dengan keperibadian dia terdidik dengan ajaran agama tak ada cacat celanya.
Dia boleh kahwin dengan orang bagus, yang berakhlak bagus dan punya masa depan yang cerah. Tapi jadi macam ini, hati mak ayah mana yang tak hancur.
Tambah Zarina, 53, Marissa sebagai anak sepatutnya memikirkan untuk membalas jasa pengorbanan ibu bapa.
Sepatutnya wahai anak fikirkan dulu, perjuangkan keluargamu dulu, bahagiakan mak ayahmu, beli apa dia nak rasa dulu duit titik peluh dia membesarkan kamu.
Jadi isteri nombor dua dipandang hina
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Zarina Mohd Zainuddin berdoa agar Norman dan Abby bertabah dalam menempuh dugaan membesarkan anak perempuan.
Semoga Abby dan Norman tabah, kuat semangat dan semoga Marissa yang manis dapat berfikir di sebalik lamunan yang panjang.
Sayang nak.. cinta-cinta ini tak bawa ke mana. Mak kau susah cari duit nak. Sedih Cik Ina (panggilan Zarina) kau buat macam ini. Cik Ina dah lalui, jadi nombor dua ini orang hina.
Sebelum ini, secara eksklusif, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.
Usaha untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.
Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.
Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.