Pempengaruh media sosial, Nashkay mengesahkan rumah tangganya bersama suami, Kelana Shamsudin Alamudi sudah berakhir.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Dakwa Suami Usia 64 Tahun Main Kayu Tiga – ‘Cukup Salahkan Saya Sedangkan Yang Terlanjur Itu Awak’
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Nafi Berbaik Dengan Suami Sebab Nak ‘Kikis Duit’
Nashkay sahkan perceraian

Menerusi TikTok, Nashkay atau nama lengkapnya Siti Nur Nashrah memuat naik gambar dirinya dan Kelana di perkarangan Mahkamah Syariah Pahang.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan, semoga perpisahan ini menjadikan kita lebih baik.
Nash dah move on dan tak nak ungkit benda yang dah lepas.
Dah tak nak ungkit siapa yang salah siapa yang betul.
Menurut Naskhay, perceraian berlaku kerana tiada lagi persefahaman namun dia dan suami memilih untuk menjaga hubungan baik demi anak-anak.
Mungkin kita dah tak sefahaman tapi anak-anak perlukan kita.
Doakan kami boleh jadi ‘co parent’ yang baik untuk anak-anak.
Doakan perniagaan kami pun maju.
Sebelum ini, tular beberapa hantaran dibuat Nashkay yang mendakwa suaminya berumur 64 tahun berlaku curang dengan wanita lain.
Mereka kemudiannya dilihat sudah berbaik selepas melakukan sesi siaran langsung bersama-sama bagi mempromosikan perniagaan mereka.
Sumber: TikTok
The post Nashkay & Suami Sah Bercerai, Harap Jadi ‘Co Parent’ Terbaik Buat Anak-Anak first appeared on OHBULAN!.