26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Nanas Kita, Kebanggaan Negara! Karnival Hari Nanas Malaysia x Jom Heboh 2025 Siap Sedia Gegarkan Johor

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Siapa je tak kenal nanas, buah tropika berwarna emas yang manis, masam, menyegarkan dan jadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dulu lagi.

    Dari dijadikan jus penyejuk tekak waktu panas, topping dalam nasi goreng kampung hinggalah inti tart raya paling ditunggu-tunggu, nanas memang selalu ada tempat istimewa di hati rakyat kita.

    Bukan tu je, buah ni pun kaya khasiat, tinggi vitamin C untuk bantu penghadaman dan ada enzim bromelain yang bagus untuk sistem imun. Pendek kata, bukan je sedap tapi sihat dan serbaguna.

    Sebab tu setiap tahun pada 27 Jun, kita sambut Hari Nanas Sedunia tapi tahun 2025 ni, sambutannya lebih istimewa dari biasa!

    Buat pertama kalinya, Hari Nanas Malaysia akan diraikan secara mega oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan lagi best, akan diraikan di Karnival Jom Heboh bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall pada 27 Jun 2025 hingga 29 Jun 2025.

    Malam penuh berkat & selawat sebagai pembuka tirai

    Sambutan meriah ini dimulakan dengan malam penuh ketenangan jiwa iaitu Jom Selawat Sempena Hari Nanas Malaysia, bertepatan dengan Awal Muharram, malam 27 Jun 2025.

    Bermula jam 9 malam, acara ini akan dihiasi dengan ceramah, qasidah dan selawat yang menenangkan hati. Sambil kita raikan nanas sebagai buah berharga warisan negara, kita juga buka lembaran tahun baru Islam dengan penuh kesyukuran dan harapan.

    Kalau dah sampai tapak Jom Heboh tu, singgah sekejap untuk kutip pahala dan tenangkan jiwa. Mula dengan berkat, baru meriah sepanjang karnival! 

    Malaysia Book of Records: tart nanas terbanyak

    Jangan lepaskan peluang jadi saksi sejarah pada 28 Jun, jam 8 pagi. Sebanyak 50 chef akan hasilkan 50 resipi tart nanas berbeza, secara LIVE di tapak karnival dan semuanya demi mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records.

    Aroma tart panas, aksi hebat chef dan kemeriahan suasana bukanlah sekadar masak-masak tapi ini momen manis untuk dikenang.

    Shopping produk nanas sampai puas hati

    Di sana nanti, ada lebih 50 booth jualan produk berasaskan nanas , dari makanan, minuman, kraf tangan, produk kesihatan dan macam-macam lagi.

    Inilah masa terbaik untuk support usahawan tempatan dan kagum dengan kreativiti rakyat Malaysia.

    Aktiviti padat untuk semua buat anak tidak mahu balik

    Tak kira tua atau muda, setiap pengunjung pasti ada aktiviti yang buat mereka tersenyum. Untuk si kecil, pelbagai permainan dan cabaran menanti seperti Pineapple Puzzle, Kuiz Nanas & Kahoot, Pineapple Ninja VR, Dam Ular dan Teka Silang Kata yang bukan saja menyeronokkan, tapi juga mencabar minda mereka.

    MENARIK:  Nadhif Basalamah Gegar Kuala Lumpur 11 September Ini Menerusi Konsert ‘Menjaga Hati Tour 2025’

    Bagi golongan dewasa pula, jangan lepaskan peluang sertai bola sepak persahabatan bersama selebriti, pertandingan e-sukan, serta cabaran unik seperti kupas nanas terpantas dan pertandingan rasa buah. Pendek kata, penuh gelak tawa dan semangat kekeluargaan sepanjang karnival!

    Instagrammer, korang wajib standby! Ada Tugu Nanas, Photo Booth Nanas, Wall Nanas dan Gunung Nanas. Confirm feed korang akan nampak tropikal habis. Jangan lupa tag #HariNanasMalaysia!

    nanas

    Mari kita raikan Hari Nanas Malaysia bersama

    Bukan sekadar buah, nanas adalah lambang usaha, kreativiti dan kebanggaan rakyat Malaysia. Kita eksport ke luar negara, cipta pelbagai produk dan sekarang, kita raikan dalam skala mega.

    Tunggu apa lagi? Jom kita ramai-ramai ke Karnival Jom Heboh untuk raikan Hari Nanas Malaysia bersama-sama!

    The post Nanas Kita, Kebanggaan Negara! Karnival Hari Nanas Malaysia x Jom Heboh 2025 Siap Sedia Gegarkan Johor first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.