Pelakon dan penyanyi, Joey Daud mengimbas kembali detik menyentuh hati yang pernah dialaminya ketika pernah bekerja sebagai penggali kubur suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Cara Pilih Seluar Jeans Yang Berkualiti, Perkongsian Joey Daud Raih Perhatian Netizen – ‘First Time Nampak Dia Serius’
Berdepan kejadian aneh
Menurut Joey, dia pernah berdepan dengan kejadian aneh ketika mengebumikan jenazah walaupun segala persiapan telah dilakukan dengan baik.
Agak ‘touching’ sebab dah ukur dan gali dengan betul tapi bila masukkan jenazah ja sempit.
Gali lagi bagi lebih, tetap sempit.
Bila kita mengumandangkan azan, barulah situasi jadi okay.
Joey berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri.
Jenazah ada kesan terbakar di dada

Bukan itu sahaja, pemilik nama Zulkifli Daud ini turut berdepan dengan situasi yang begitu meninggalkan kesan kepadanya sebagai seorang penggali kubur.
Pernah juga terjadi selepas saja kebumi dan kami dah melangkah melebihi tujuh langkah, saya terdengar jeritan ahli keluarga yang minta kami gali semula kubur sebab kunci kereta tertanam sekali.
Jadi kami pun gali balik, bila gali dan alih papan memang ada kunci di dada jenazah.
Tapi kami yang melihat dah tak fokus pada kunci dah, jadi terdiam sebab ternampak ada kesan tiga garis terbakar pada dada jenazah seperti baru lepas disebat.
Ujar Joey, perkara itu sangat menginsafkan sehingga membuatkan ahli keluarga kepada jenazah turut menangis teresak selepas melihat.
Bila nampak benda itu, menangis teruk ahli keluarga dia dan ini bukan rekaan ke apa, memang betul-betul.
Itu antara yang memberikan kesanlah kepada saya.
Video penuh
Sumber: TikTok, YouTube Sembang Seram
The post ‘Nampak Tiga Garis Macam Disebat’ – Joey Daud Kongsi Pengalaman Seram Ketika Gali Kubur first appeared on OHBULAN!.