28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Influencer’ Abang Lal Senok Perut Puji Majlis Perkahwinan Anak Arwah Pengasas Dnars, Layan Tetamu Sama Rata Tanpa Kira Pangkat

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Irdina Hakim Jasman

    Anak kepada usahawan kosmetik Dnars, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim Jasman sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Farez Zuhaily pada 25 April lalu.

    Layanan sama rata

    Irdina Hakim Jasman

    Majlis perkahwinan yang berlangsung dalam suasana sederhana itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk pempengaruh terkenal, Izmer Mustapha atau lebih dikenali sebagai Abang Lal Senok Perut.

    Menerusi hantaran di Facebook, Izmer berkata, walaupun Irdina mampu mengadakan majlis yang lebih mewah dan gah di hotel, namun dia memilih untuk mengadakan di kediaman arwah ibunya sahaja.

    Malah, Izmer memuji layanan yang diberikan sama rata untuk semua tetamu tanpa mengira pangkat.

    Suka lihat majlis yang begini, walaupun dia mampu untuk mengadakan majlis di tempat yang lebih grand atau gempak, tetapi dia lebih memilih untuk adakan di rumah arwah ibu.

    Dia juga menjemput semua orang dan tidak ada konsep VIP atau Datuk dan Datin. Malah layanan yang diberikan sama rata, seronok lihat semua gembira.

    Netizen puji

    Irdina Hakim Jasman

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen turut bersetuju dengan pandangan Izmer dan meninggalkan pelbagai komen positif mengenai majlis tersebut.

    Macam ni baru betul. Yang support bisnes ni kebanyakan orang biasa.

    Orang yang tahu hukum hakam agama Islam memang sepatutnya buat majlis tidak membeza-bezakan para undangan.

    Terdahulu, majlis perkahwinan Irdina Hakim, 22 dengan Muhammad Farez Zuhaily Shah, 23,  berlangsung dengan meriah dengan dihadiri sekitar 5,000 tetamu.

    MENARIK:  Joe Flizzow Sentiasa Mempunyai Sikap Rendah Diri, Tidak Memerlukan Bodyguard Untuk Menemani – 'Tiada Musuh Saya'

    Selain ahli keluarga terdekat dan saudara mara, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kenalan rapat kedua-dua mempelai serta para pelanggan dan pengguna produk Dnars.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.