25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Malaysia Boleh! Kim Sung Kyu Tertarik dengan Paduan Suara & Sambutan Hangat INSPIRIT

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Konsert 2024 Kim Sung Kyu [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur telah berlangsung selama dua hari berturut-turut pada hari Sabtu dan Ahad malam.

    Dianjurkan oleh D-SHOW dengan Offbeat dan 43 sebagai promoter, acara tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat yang hadir.

    Disambut dengan jeritan daripada peminat

    Semasa Sung Kyu muncul di atas pentas, dia disambut dengan jeritan dari INSPIRIT (peminat setia kumpulan INFINITE). Setelah menampilkan tiga lagu pembukaan, dia menyapa para peminat dalam Bahasa Malaysia, sambil berkata: “Apa khabar semua, saya Kim Sung Kyu!”

    Menurut Sung Kyu, ini merupakan konsert solo pertamanya di Malaysia. Ujar Sung Kyu, dia sempat mencuba pelbagai makanan menarik di Malaysia seperti nasi lemak.

    Sudah lama saya tidak datang Malaysia sejak INFINITE mengadakan persembahan di sini beberapa tahun lalu. Saya amat gembira akhirnya dapat bertemu peminat saya semula!

    Bercakap mengenai pemilihan lagu semasa konsert, Sung Kyu akui peminatnya sangat teruja apabila mendengar lagu solo pertamanya iaitu 41th.

    Mereka suka lagu ini. Antara lagu lain yang saya rasa INSPIRIT suka ialah Climax, It Will Be, Jump, Go Again, Kontrol dan Sorry.

    Semasa Sung Kyu menyanyi lagu “Small Talk” dan “60sec”, peminat turut menyanyi bersama.

    Saya berasa sangat terkejut kerana penonton yang hadir semua menyanyi dengan baik! Malaysia Boleh!

    Di akhir persembahan, Sung Kyu berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokongnya. Konsert itu diakhiri dengan lagu encore “Kontrol”, “My Everyday Is You”, “??” dan “??”.

    MENARIK:  Mayat lelaki berjersi 56 ditemui sah Nidza Afham

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.