Penyanyi Bunga Isme menyatakan dia dan suami, Amzar Sabri merancang untuk menimang cahaya mata dalam tempoh dua tahun akan datang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Isme Akui Sudah Berkahwin Tahun Lepas – ‘Rezeki Datang Lebih Awal’
Artikel Berkaitan: Dua Kali Gagal Sewaktu ‘Degree’, Bunga Isme Pernah Terdetik Berhenti Menyanyi – ‘Saya Betul-Betul Down’
Baru habis belajar

Menurut Bunga, 25, mereka tidak menolak rezeki sebaliknya ingin memberi fokus kepada karier muzik.
Kata Bunga, sebelum ini dia banyak meluangkan masa dengan akademik yang akhirnya berjaya menggengam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada tahun lalu.
Bagi saya dan suami, kami memang merancang untuk ada anak lagi dua tahun. Kita hanya mampu merancang tetapi kalau sepanjang perjalanan direzekikan anak, siapa kita nak tolak.
Kami merancang nak ada anak lagi dua tahun sebab nak fokus karier. Saya pun baru habis belajar, sepanjang belajar tak 100 peratus pada muzik.
Tambah Bunga, dia juga bersyukur dikurniakan keluarga dan kenalan yang memahami dengan keputusan yang dibuat.
Bagi saya tiada tekanan dari keluarga atau kawan-kawan. Mereka sangat memahami, sebenarnya tak ramai tanya soal ada anak.
Kalau ada yang bertanya pun saya akan jawab insya-Allah nanti.
Dalam kontrak tak ada mengatakan saya tak boleh ada anak cuma memang rancangannya nak fokus muzik sebab dua tahun buat ijazah sarjana muda.
Sayang, masa belajar jarang keluar lagu atau buat konten. Jadi, bila nak keluar lagu ambil masa sikit untuk ‘panas’.
Bunga berkata demikian ketika majlis pelancaran koleksi merchandise Bunga Isme bersama jenama High Cultured, baru-baru ini.
Kolaborasi dengan High Cultured

Bercerita mengenai tawaran tersebut, pemilik nama Noor Ayu Fatini Mohd Bakhri berkata kolaborasi ini memberi makna yang besar dalam dirinya.
Alhamdulillah, pertama kali dapat lancarkan merchandise bersama High Cultured.
Terkejut sebenarnya sebab mereka bermurah hati nak keluarkan banyak barang seperti jaket, sweater, jersi, bandana dan topi.
The post Mahu Fokus Karier Muzik, Bunga Isme Rancang Ada Anak Dua Tahun Lagi first appeared on OHBULAN!.