Pihak pengurusan, Kieda Crepe House tampil memberikan penjelasan kepada semua pelanggan yang bimbang dengan jangkitan herpes simplex type 1 menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan pada malam Khamis.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Tutup Kedai Sehari Untuk Proses Sanitasi – ‘Bagi Saya Peluang Saya Banyak Tanggungjawab’
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Mengaku Salah – ‘Saya Terima Teguran Tapi Jangan Sampai Menghina’
Jaga keselamatan staf & pelanggan

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kieda Crepe House memaklumkan tiada kakitangan yang bekerja di situ yang turut dijangkiti.
Selain itu, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemeriksaan selepas menerima aduan dan mengisytiharkan bahawa premis itu selamat dan mematuhi piawaian kesihatan.
Sanitasi menyeluruh juga telah dijalankan mengikut garis panduan KKM untuk memastikan kebersihan dan keselamatan maksimum.
Kieda Crepe House turut mengalu-alukan kedatangan pelanggan seperti biasa.
Buka cerita baru

Sementara itu, Kieda sekali lagi mengakui kekhilafan diri dan memohon maaf atas keterlanjuran berkata sehinggakan menjadi bualan ramai pihak.
Ibu kepada dua orang anak ini berjanji akan lebih berhati-hati dalam bergurau dan memuat naik sebarang konten di media sosial.
Sumber: Instagram
The post Kieda Crepe House Selamat, Pekerja Bebas Jangkitan – ‘Kami Mengalukan Kedatangan Anda’ first appeared on OHBULAN!.