Usahawan sensasi, Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menunaikan tanggungjawab dengan menyalurkan zakat perniagaan sebanyak RM80,000 kepada Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Tak Sangka Video ‘Herpes’ Menjejaskan Bisnes – ‘Saya Hanyalah Peniaga ..’
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Tutup Kedai Sehari Untuk Proses Sanitasi – ‘Bagi Saya Peluang Saya Banyak Tanggungjawab’
Bayar zakat RM80,000

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais, berharap agar zakat yang diberikan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang memerlukan.
Jadi manusia yang memberi manfaat selalu buat orang lain, dan menjadi pembayar zakat terbesar setiap tahun demi tahun.
Dalam masa yang sama, Kieda turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu menyokong perniagaannya sejak dari awal lagi.
Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi support perniagaan kieda dari rumah sampai kedai dan sekarang Tour Satu Malaysia.
Kieda turut memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang pernah terguris hati dengan tindakannya sebelum ini selain mengharapkan doa orang ramai agar dirinya terus diberi peluang menjadi insan yang lebih baik.
‘Zakat kena tunjuk’

Sumber: Instagram Kieda Crepe
The post Kieda Crepe Bayar Zakat RM80,000 – ‘Kena Tunjuk..Nak Habaq Bila Kita Kaya, Jangan Lupa Kewajipan’ first appeared on OHBULAN!.