32.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 23, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Tak Jaga Maruah Sendiri, Jangan Pelik Kalau Orang Hilang Hormat’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Tindakan usahawan Kieda Crepe yang menjadikan isu kesihatan sebagai bahan kandungan media sosial menerima teguran daripada orang ramai termasuk individu yang berkhidmat dalam bidang penjagaan kesihatan.

    Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’

    ‘Ada orang sanggup buat apa saja demi konten’

    Menerusi hantaran di Threads, Shashawany Zulkefli, yang berpengalaman dalam bidang penjagaan kesihatan hampir lapan tahun, berpendapat ada sesetengah pihak sanggup menggadaikan maruah sendiri semata-mata untuk meraih perhatian di internet. 

    Malah mereka melakukannya tanpa memikirkan sensitiviti dan kesan jangka panjang terhadap diri sendiri serta profesionalisme bidang perubatan.

    Awak tahu apa yang gila? Ada orang sanggup buat apa saja demi content, walaupun memalukan diri sendiri secara terbuka di internet.

    Tambah wanita ini lagi, tindakan Kieda itu adalah sangat tidak wajar memandangkan jangkitan virus herpes bukanlah satu isu yang remeh sebaliknya penyakit itu memberi kesan besar terhadap kehidupan seseorang.

    Jujurnya, herpes adalah jangkitan seksual. Bila seseorang umumkan ‘Saya disahkan ada herpes’ sambil rakam sesi perubatan dan upload ke media sosial, itu bukan kesedaran kesihatan. Itu cuma memalukan diri sendiri.

    Diagnosis ini sangat serius, bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Saya bekerja dalam bidang kesihatan hampir 8 tahun. Dan apa yang berlaku ini, tidak boleh diterima sama sekali.

    ‘Herpes bukan konten’

    Shashawany turut menegur tindakan merakam sesi konsultasi perubatan, yang dianggap melanggar etika dan undang-undang berkaitan kerahsiaan perubatan, walaupun dengan keizinan doktor.

    Bilik rawatan bukan studio TikTok. Doktor bukan rakan kolaborasi konten anda. Sesi perubatan adalah rahsia. Dilindungi undang-undang.

    Walaupun doktor benarkan, SOP hospital tidak benarkan. MMC (Majlis Perubatan Malaysia) tidak benarkan. PHFSA tidak benarkan. PDPA pun tidak benarkan. Ini bukan bahan lawak, ini penjagaan kesihatan sebenar.

    Dalam kesempatan itu, Shashawany turut menyeru orang ramai agar lebih menghormati diri sendiri serta para profesional kesihatan yang bertugas.

    Herpes bukan konten. Beberapa perkara dalam hidup tidak sepatutnya dikongsi kepada umum. Jika anda tak jaga maruah sendiri, jangan terkejut jika orang lain pun hilang rasa hormat.

    Ingat, maruah bila dah hilang, tak ada filter yang boleh betulkan.

    Terdahulu, usahawan Kieda Crepe mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil. 

    MENARIK:  Jimat Duit Makan dengan Kombo Jimat GrabFood! Beli 1, Item Kedua Dapat Diskaun 50%!

    Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

    Sumber: Threads

    The post ‘Kalau Tak Jaga Maruah Sendiri, Jangan Pelik Kalau Orang Hilang Hormat’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.