31.5 C
Kuala Lumpur
Monday, August 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    K-Drama ‘S Line’ Kini Ditayang Di Tonton, Bongkar Rahsia Di Sebalik ‘Garisan Merah’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Platform penstriman popular Tonton kini membawakan sebuah lagi siri K-Drama menarik berjudul ‘S Line’, yang boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi Tonton dan laman web tonton.com.my.

    Artikel Berkaitan: Ini Rupa ‘Sebenar’ Hero Kpop Pujaan Korang Sebelum Hot Macam Sekarang

    Artikel Berkaitan: Tonton Tawar Saluran Seram 24 Jam, Hanya Untuk Yang Berani Sahaja!

    S Line

    Siri mini sebanyak enam episod ini menampilkan barisan pelakon terkenal Korea Selatan seperti Lee Soo-Hyuk, Lee Da-Hee dan Arin daripada kumpulan Oh My Girl.

    Drama ini mengisahkan satu fenomena aneh berlaku apabila garisan merah muncul di atas kepala orang ramai, menghubungkan individu yang pernah mempunyai hubungan seksual.

    Fenomena ini mendedahkan sisi peribadi yang memalukan dan rahsia, dan garisan ini mula dikenali sebagai ‘S Line’.

    Han Ji-Wook (lakonan Lee Soo-Hyuk) ialah seorang detektif yang kacak dan berjiwa bebas. Dia bertekad untuk menyiasat kebenaran di sebalik kemunculan garisan ini.

    Kyu-Jin (Lee Da-Hee) pula merupakan seorang guru sekolah menengah yang mempunyai pesona tersendiri, manakala Hyun-Hob (Arin) ialah pelajar sekolah menengah yang sejak lahir sudah dapat melihat garisan merah tersebut.

    Keadaan menjadi lebih rumit apabila sepasang cermin mata istimewa yang boleh memperlihatkan S Line mula dijual secara haram, menyebabkan kekecohan dalam kalangan masyarakat yang tiba-tiba boleh ‘melihat’ rahsia orang lain.

    MENARIK:  Ruhainies Enggan Menandatangani Kontrak Sebagai Duta Kerana Tertunggak Bayaran - Siapa Sanggup Bekerja Tanpa Upah?

    S Line yang asalnya ditayangkan sebagai Wavve Original, kini boleh distrim di Tonton dengan satu episod baharu setiap Rabu dan Jumaat jam 10 pagi

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah misteri dan penuh teka-teki ini hanya di Tonton dan tonton.com.my. 

    The post K-Drama ‘S Line’ Kini Ditayang Di Tonton, Bongkar Rahsia Di Sebalik ‘Garisan Merah’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.