31.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Irfan Haris ‘Custom-Made’ Songkok Baharu Untuk Majlis Pernikahan Amira & Fattah – ‘Saya Terlebih Excited’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Menjelang hari bahagia kakaknya, penyanyi Amira Othman yang bakal bernikah dengan pelakon Fattah Amin pada 14 September ini, adiknya yang juga penyanyi, Irfan Haris mendedahkan sanggup menempah songkok khas untuk digayakan pada majlis tersebut.

    Artikel Berkaitan: Satu Malaysia Dijemput Saksikan Majlis Pernikahan Fattah Amin & Amira Othman, Hadiahkan 10 Dokumentari Eksklusif Buat Peminat

    Custom songkok

    Irfan atau nama lengkapnya, Irfan Haris Othman, 24, berkata, keterujaannya menyambut hari bermakna itu membuatkan dia nekad menempah songkok baldu baharu agar tampil segak di sisi keluarga.

    Dalam hidup saya tidak pernah custom songkok. Saya pergi kedai songkok, saya nampak ada satu songkok macam cantik.

    Saya minta yang baldu, abang kedai kata kena tempah. Jadi, abang itu ambil ukuran saiz kepala dan custom yang baharu untuk saya.

    Saya memang suka yang baldu. Dalam hati saya cakap ‘kakak aku kahwin sekali je’, tempah je. Saya pula terlebih excited, lama saya tunggu kakak saya nak kahwin.

    Irfan berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, pada Rabu.

    Dalam pada itu, Irfan memaklumkan dia dan ahli keluarga lelaki yang lain akan mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga memandangkan mereka anak jati kelahiran Johor.

    Baju pula, kami yang lelaki semua akan pakai Baju Melayu Teluk Belanga. Kami orang Johor mesti kena pakai Teluk Belanga, tak pakai yang Cekak Musang.

    Sekadar info, majlis ijab kabul Fattah dan Amira dijadual berlangsung pada 14 September 2025, jam 8.00 malam dan akan disiarkan secara langsung serta eksklusif menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di saluran Inspirasi (Saluran 118).

    MENARIK:  Uyaina Arshad Menyamar Jadi Pelayan Hotel Demi ‘Surprise’ Peminat

    Sumber: TikTok

    The post Irfan Haris ‘Custom-Made’ Songkok Baharu Untuk Majlis Pernikahan Amira & Fattah – ‘Saya Terlebih Excited’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.