26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Uyaina Arshad Menyamar Jadi Pelayan Hotel Demi ‘Surprise’ Peminat

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Perkongsian di Instagram milik pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya apabila dia membuat kejutan kepada seorang wanita.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Hilang 16 Kg Hanya Dengan Berjalan Atas Walking Pad’ – Uyaina Arshad

    Artikel Berkaitan: ‘Content Creators, Janganlah Buat Video Yang Langgar Undang-Undang & Petik Nama Orang’ – Uyaina Arshad

    Menangis jumpa Uyaina

    Menerusi hantaran di Instagram, Uyaina berkata, dia berbuat demikian selepas membaca kiriman mesej yang diterima oleh seorang lelaki yang merupakan suami kepada wanita terbabit.

    Dalam mesej tersebut, lelaki berkenaan memberitahu bahawa isterinya sangat meminati Uyaina dan hampir setiap hari akan bercerita mengenai aktres itu kepadanya.

    Disebabkan itu, lelaki tersebut berhasrat ingin menemukan isterinya dengan Uyaina supaya dapat mengembirakannya.

    Susulan itu, Uyaina bersama pasukannya dan lelaki berkenaan merancang satu kejutan untuk wanita terbabit di sebuah hotel di ibu kota.

    Uyaina telah menyamar sebagai pelayan restoran hotel dan datang ke meja pasangan itu untuk mengambil tempahan sebelum aktres itu membuka pelitup mukanya lantas membuat wanita terbabit terkejut.

    Wanita itu kemudian memeluk Uyaina dan melompat kegembiraan sambil air matanya mengalir kerana terharu dapat bertemu artis yang diminatinya selama ini.

    Sementara itu, di ruangan kapsyen, Uyaina mengakui ini pertama kali dia memberi kejutan kepada peminat selepas hampir sembilan tahun bergelar anak seni.

    MENARIK:  [VIDEO] Bekas Isteri Pertama Mengalirkan Air Mata Kosongkan Almari, Merapihkan Baju-Baju Datuk Red – ‘Separuh Jiwaku Hilang’

    Uyaina turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana meminatinya dan mendoakan rumah tangganya kekal bahagia.

    Sumber: Instagram

    The post Uyaina Arshad Menyamar Jadi Pelayan Hotel Demi ‘Surprise’ Peminat first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.