26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Empat Bulan Bertunang Dengan Isteri, Kami Tak Pernah Berhubung’ – Ustaz Adnin

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pempengaruh media sosial Islamik, Ustaz Adnin tidak pernah berhubung dengan isterinya sewaktu mereka bertunang selama empat bulan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lagu APT Zina Telinga, Lirik Ajak Pergaulan Bebas’ – Ustaz Adnin

    MENARIK:  Mitos dan Fakta Tentang Susu Oat: Penjelasan dari Pakar Kesihatan, Dr. Say Shazril!

    Tunang bukan tiket bebas bergaul

    @nafasibunga

    “tunang belum kahwin” #ustazadnin #taaruf #tunang #onestepcloser #ikhtilat #kahwin #jodoh #fyp

    ♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar

    Menerusi potongan video dimuat naik @cikdaisei, Ustaz Adnin menjelaskan ikatan pertunangan bukanlah tiket untuk pasangan berkomunikasi atau keluar secara berdua-duaan.

    Saya tunang dengan isteri selama empat bulan dan sepanjang tempoh itu, Wallahi saya tak pernah berhubung pun dengan dia.

    Sebab tunang belum kahwin. Ramai orang, dia gunakan alasan tunang untuk beli baju sama-sama, pergi kursus kahwin sama-sama naik kereta.

    Naik kereta berdua-duaan dikira khalwat sebenarnya tetapi perkara itu telah dinormalisasikan.

    Maaf cakap, sebab itulah zaman sekarang ini banyak berlakunya ‘phone sex’ sebab tak jaga ikhtilat dengan berkomunikasi di platform media sosial.

    Tambahnya lagi, perbuatan tidak menjaga ikhtilat bukan sahaja mendorong kepada perbuatan maksiat, malah boleh membuatkan perkahwinan yang dibina tidak diberkati.

    Siapa kata kahwin kena ‘couple’? Perkara itu bahkan boleh menjadi punca kepada perkahwinan yang tak diberkati.

    Sebab nak buat benda yang halal tapi ‘lalu’ jalan yang haram, tak jaga ikhtilat.

    Sebab itu banyak berlakunya penceraian.

    Ustaz Adnin berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast bersama pempengaruh media sosial, Yousaff.

    Cara berkomunikasi dengan tunang

    Bercerita lanjut, Ustaz Adnin turut berkongsi cara dirinya berkomunikasi dengan tunang dalam masa yang sama dapat menjaga batas dan pergaulan.

    Macam mana saya berkomunikasi dengan isteri yang merupakan tunang ketika itu?

    Saya buat ‘group’ perbualan di WhatsApp dan dalam ‘group’ itu ada saya, isteri (tunang ketika itu) saya dan mak ayah saya.

    Kena ada mahram yang pantau sebab kalau berduaan memang syaitanlah yang ketiganya.

    Sumber: TikTok, YouTube

    The post ‘Empat Bulan Bertunang Dengan Isteri, Kami Tak Pernah Berhubung’ – Ustaz Adnin first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.