Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Raihana Ismail tampil menegur segelintir pihak yang dilihat suka mempertikai orang sekeliling hanya kerana mereka bangun lewat dari tidur.
Artikel Berkaitan: Dr Raihana ‘Back Up’ Cik Epal, Perjelas Kulit Ambil Masa Untuk Reflek Selepas Dicakar – ‘Bengkak Itu Datang Sebab Proses Radang’
Dr. Raihana tegur!

Menerusi Threads, Dr. Raihana menegaskan bahawa tidur merupakan satu keperluan harian yang sangat penting lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang mempunyai ramai anak.
Justeru, Dr. Raihana berpesan agar jangan sesekali mengkritik golongan ibu bapa yang bangun lewat kerana mereka memerlukan lebih masa untuk menjaga anak-anak.
Bangun tidur lambat kena ‘judged’.
Untuk orang yang ada ramai anak, ‘sleep is a medicine’. Jangan kacau.
Perkongsian itu kemudiannya menuai komen daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Dr. Raihana.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman menjaga anak hingga lewat malam semenjak bergelar ibu.
Komen netizen



Sumber: Threads Dr. Raihana Ismail
The post Dr. Raihana Ismail Pesan Jangan ‘Judge’ Ibu Bapa Bangun Lambat – ‘Lagi-Lagi Untuk Orang Yang Ramai Anak’ first appeared on OHBULAN!.