26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Diana Danielle Bekerjasama Dengan Muezza, Pilih Sukan Memanah Untuk Anak-Anak

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berkongsi kisah di sebalik penglibatan anak-anaknya dalam sukan memanah. 

    ‘Nak cari aktiviti ikut sunnah’

    Menurut Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, pada awalnya, dia ingin mencari aktiviti tambahan buat kedua-dua anaknya, Muhammad dan Aurora.

    Namun, tanpa disangka, pencarian itu membawa kepada peluang kerjasama dan ditawarkan menjadi duta Muezza.

    Sebenarnya saya yang approach Muezza dulu untuk mencari aktiviti buat anak-anak. Kemudian, baru Muezza tawarkan saya untuk bekerjasama dan menjadi duta mereka selama setahun.

    Ujar bekas isteri kepada pelakon Farid Kamil ini lagi, dia memilih sukan memanah kerana ia bukan sekadar aktiviti fizikal, malah mendidik anak-anak dengan nilai positif.

    Kalau boleh nak cari aktiviti ikut sunnah dan yang mendatangkan kebaikan. Macam kita tahu, sukan memanah ni boleh ajar tentang disiplin, fokus, kesabaran dan sebagainya. Lagipun, saya memang minat memanah.

    Apa yang bagusnya, Muezza ni dah ada perancangan jangka panjang. Jadi saya suka sebab mereka dah arah tuju, bukan sukan semata-mata. Muezza juga ada buat pertandingan dan sebagainya, jadi dari situ pelajar menjadi kompetetif.’

    Meskipun anak-anaknya pada awalnya tidak begitu mengenali sukan memanah, namun Diana bersyukur kerana penyertaan ini membuka peluang untuk mereka mencuba sesuatu yang baru.

    Sekarang ni memang diorang suka dan saya juga nampak kebaikan yang mereka akan dapat dengan melakukan sukan memanah ini.

    Apabila ditanya mengenai harapannya terhadap anak-anak, Diana berharap agar Muhammad dan Auroro dapat memberi sepenuh tumpuan dan komitmen dalam sukan memanah supaya dapat ke peringkat yang lebih tinggi.

    Saya sendiri memang ada letakkan harapan untuk mereka. Kalau kita letak target macam tu, anak-anak akan ambil serius tentang sesuatu perkara itu.

    Saya harap mereka dapat konsisten dan gunakan peluang yang Muezza bagi ni supaya dapat ke peringkat seterusnya.’

    Sediakan kelas persendirian

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Muezza Education Sdn Bhd iaitu Anas Izuan Azmi, berkata, pihaknya juga menyediakan kelas persendirian bersama dua anak Diana iaitu Muhammad dan Aurora.

    Kami letakkan target supaya mereka mencapai prestasi tinggi supaya dapat melibatkan diri dalam pertandingan peringkat daerah, negeri dan mewakili Malaysia suatu hari nanti.’

    Kami di Muezza berikan sepenuh komitmen supaya dapat tunjukkan hasil yang terbaik.

    Difahamkan, Muezza yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu kini sudah memiliki lebih daripada 5,000 pelajar termasuk sukan memanah, renang dan bola sepak.

    MENARIK:  [VIDEO] Tonsil Bengkak Sampai Ganggu Pernafasan, Anak Eyra Hazali Selamat Jalani Pembedahan – ‘Doakan Endra Cepat Sembuh’ 

    Untuk info, kedai flagship pertama Muezza iaitu Muezza Archery Proshop telah dibuka di R-01-11, EMIRA, No. 4, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

    Proshop ini merupakan pusat sehenti peralatan memanah bertaraf dunia yang menampilkan jenama antarabangsa seperti Wiawis dan MK Archery, serta menawarkan program komuniti, kejurulatihan dan aktiviti interaktif.

    The post Diana Danielle Bekerjasama Dengan Muezza, Pilih Sukan Memanah Untuk Anak-Anak first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.