Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah-ubah ni, korang tak perlu habiskan beratus atau beribu ringgit pun untuk nampak bergaya. Rahsianya? Strategi!
Rupa-rupanya, ramai pencinta fesyen kat Malaysia dah pandai shopping secara bijak, dari pilih gaya sampai check-out, semua ada cara dia.
Influencer popular macam Sharifah Rose, Yaya, Asyraf Rozami, Hanisha Jaafar dan Syamimi, pun kongsi cara diorang kekal stailo sambil berjimat. Nak tahu rahsia mereka? Scroll sampai habis!
Gaya bermula dari kamera ke troli
Segalanya bermula dengan inspirasi. Korang nampak gaya cantik kat Instagram, Pinterest, atau real life, tangkap gambar je terus!
Macam Sharifah Rose, dia suka simpan gambar look yang dia berkenan. Lepas tu guna je fungsi carian visual kat Shopee.
“Tak payah pening nak fikir keyword. Upload gambar je, terus Shopee suggest padanan yang lebih kurang sama,” katanya. Dari satu gambar je, terus boleh jumpa banyak pilihan ikut citarasa, siap tapis ikut saiz dan warna terus. Confirm wishlist korang penuh lepas tu!
Untuk Syamimi pula, dia dapat inspirasi dari suntingan fesyen pencipta kandungan kegemaran dia. “Rasa macam dapat cadangan dari kawan yang kita percaya,” katanya.
Dengan laman web mikro Fashion & Beauty Shopee, korang boleh nampak terus apa yang trending, dan apa yang influencer lain tengah pakai. Senang je terus tekan add-to-cart!
Nak try dulu sebelum beli? Guna Shopee Live & Shopee Video!
Zaman sekarang, beli online tak semestinya beli secara “buta-buta”. Macam Syamimi cakap, dia suka tengok Shopee Live dulu.
“Boleh nampak fabrik tu bergerak, macam mana jatuh kat badan. Kadang-kadang seller siap try pakai terus depan kamera!” katanya.
Kiranya macam dapat tengok mini fashion show sambil shopping. Paling best, selalunya ada baucar eksklusif masa siaran langsung!
Asyraf Rozami pula memang jenis yang teliti sebelum beli. “Nak beli blazer, saya memang nak tengok dulu macam mana fit kat bahu, lembut ke keras kain tu. Shopee Live bagi gambaran jelas sebelum buat keputusan,” katanya.
Pro-tip dari Asyraf: cari label ‘Lagi Murah’ — tu tanda memang ada tawaran terbaik!
Selain tu, Shopee Video pun power juga. Korang boleh tengok cara influencer mix & match baju, review ikhlas dan terus klik link produk yang mereka pakai. Senang gila!
Syamimi siap follow Shopee Affiliate kat media sosial untuk idea OOTD & GRWS (Get Ready With Shopee) — klik je link, terus boleh beli!
Check-Out macam pro: Gaya confirm on-point, poket pun selamat
Nak bergaya bijak? Kat sini la ilmu checkout memainkan peranan.
Contohnya, Yaya memang pakar kumpul baucar. “Saya tunggu masa kempen besar, lepas tu saya gabungkan baucar kedai, kod platform, cashback, dan free shipping,” katanya.
Kalau tak cukup minimum, dia tambah barang kecik macam stokin. Pandai!
Asyraf pula lebih relaks, tapi tetap bijak. Dia letak dulu barang dalam troli, kemudian pantau harga seminggu. Kalau ada diskaun atau tawaran menarik, dia tak lepaskan untuk beli. Kadang-kadang Shopee siap suggest barang ikut carian sebelum ni. Jimat masa dan tenaga!
Hanisha pula shopping ikut mood, tapi dia perasan juga Shopee ni macam ‘baca fikiran’ dia.
“Tengah scroll pun, benda yang saya minat tiba-tiba muncul dengan tawaran best. Bila ada label ‘Lagi Murah’, terus buat keputusan, senang!” katanya.
Tiada rasa risau lepas checkout
Lepas bayar pun, korang masih ada perlindungan pembelian. Contohnya, Sharifah Rose beli dress dari Shopee Live guna baucar eksklusif, dapat separuh harga asal! Kalau tak sesuai pun, boleh return dengan tenang.
Syamimi siap guna baju yang dia beli untuk content GRWS dia. Tak risau langsung sebab Shopee jamin ketenangan minda selepas membeli dengan proses pemulangan mudah kalau ada masalah.
Yaya pulak berjaya gayakan blazer RM30 dalam 5 gaya berbeza — untuk OOTD, photoshoot, café hopping… semuanya hasil berbelanja dengan yakin dan bijak!
Hanisha pun power, ubah baju santai jadi gaya harian yang boleh dibawa ke mana-mana dengan keyakinan bahawa perlindungan pembelian sentiasa tersedia jika saiz tidak tepat. Semua outfit bawah RM100 je. Confirm puas hati!
Nak berfesyen tak kisah harga murah, yang penting pandai gayakan
Apa yang korang pakai memang penting. Tapi, cara korang jumpa dan beli tu yang lagi memberi kepuasan.
Tak kisah la korang bermula dari tangkap gambar guna kamera, scroll curated style, atau rebut voucher masa Shopee Live, yang penting, gaya ikut cara korang. Diorang ni semua buktikan yang nak bergaya tak semestinya mahal, tapi kena bijak!
Jadi, kalau korang pun nak bergaya bijak macam diorang dan nak explore pelbagai pilihan fesyen terkini serta nikmati tawaran eksklusif dan diskaun harian boleh je terus ke shopee.com.my/m/fashion-beauty dan dan shopee.com.my/m/shopeelagimurah
Inilah masanya untuk shopping dengan bijak dan cipta gaya korang sendiri sekarang!