Penyanyi bersuara lantang dan penuh jiwa, Azharina Azhar, berkongsi kisah peribadinya mengenai perjalanan penyembuhan emosi dan pemulihan semangat diri yang dilalui bersama figura yang kini dikenali sebagai ‘Dr Healing’ iaitu Dr Hisham Dzakiria.
Artikel Berkaitan: Azharina Azhar Tersenarai Penerima Pingat ADK
Artikel Berkaitan: Difitnah Pelbagai Tuduhan Tak Masuk Akal, Azharina Buat Laporan Polis
Penat mental & emosi

Menurut Azharina, 40, kehadiran Dr Hisham dalam hidupnya menjadi satu titik perubahan yang sangat bermakna, terutama dalam proses membina semula kekuatan dalaman selepas melalui pelbagai cabaran hidup yang tidak mudah.
Saya pernah sampai ke tahap terlalu penat secara mental dan emosi. Ramai nampak saya menyanyi, tersenyum atas pentas, tapi hakikatnya saya sedang simpan terlalu banyak luka lama.
Bila saya sertai sesi dengan Dr Hisham, saya mula menangis tanpa sedar. Rasa macam saya dilepaskan, saya dibebaskan. Itu pengalaman yang saya tak pernah rasa sebelum ini.
Kata Azharina, walaupun dia sudah biasa tampil kuat di hadapan khalayak ramai namun, hakikatnya hati manusia tetap rapuh apabila tidak dijaga.
Itulah yang membawa dirinya kepada sesi khas bersama Dr Hisham, yang kini mencipta fenomena sebagai jurulatih dan penyembuh jiwa yang bukan sahaja berpengaruh dalam dunia korporat, malah semakin mendapat tempat dalam kalangan artis dan tokoh masyarakat.
Tambah pelantun lagu Elergi Sepi, apa yang membezakan Dr Hisham daripada mana-mana penceramah atau jurulatih lain ialah keupayaannya melihat terus ke dalam jiwa seseorang, tanpa menghakimi, dan mencipta ruang yang benar-benar selamat untuk seseorang itu meluahkan serta memulihkan diri.
Saya tak malu nak cakap saya pun perlukan healing. Dan saya sangat bersyukur ditemukan dengan Dr Hisham.
Saya doakan lebih ramai orang berpeluang rasa sendiri magis yang Dr Hisham bawa.
Dalam pada itu, Azharina menyedari kini dia menyanyi dengan hati yang lebih ringan.
Bila hati sembuh, suara kita pun jadi lebih jujur.
Pendekatan holistik

Untuk info, Dr Hisham terkenal dengan pendekatan holistik yang menyatukan aspek tubuh, emosi, minda dan jiwa dalam setiap sesi yang dikendalikannya.
Dalam kalangan selebriti, kehadiran Dr Hisham mula menjadi topik hangat kerana pendekatannya yang penuh keikhlasan dan jauh dari sekadar teori. Ramai menyifatkan beliau sebagai ‘Coach Jiwa Negara’, kerana peranannya membantu manusia kembali menemui makna hidup dan kekuatan diri yang pernah hilang.
Bukan sahaja Azharina, malah beberapa nama lain dalam industri hiburan turut menyuarakan rasa terinspirasi selepas mengikuti program atau sesi coaching bersama Dr Hisham. Ini termasuk personaliti televisyen, usahawan selebriti dan juga golongan muda yang mencari arah hidup selepas melalui pengalaman pahit.
Dr Hisham yang kini memimpin syarikat EcoTwin Step Sdn. Bhd., juga merupakan figura korporat yang disegani, namun tetap memilih untuk terus menyumbang kepada pembangunan emosi dan spiritual masyarakat melalui program seperti Healing the Inner Child, Impactful Leadership, dan Creating Your Own Wave in Business.
Dr Hisham juga memegang PhD dalam bidang Pembelajaran Sepanjang Hayat dari United Kingdom, dan memiliki pengalaman luas dalam latihan, pendidikan, dan kepimpinan organisasi di peringkat antarabangsa.
Kini, dengan sokongan selebriti seperti Azharina yang berani berkongsi pengalaman secara terbuka, nama Dr Hisham semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat. Ramai mula sedar bahawa kejayaan sebenar tidak hanya diukur melalui kemasyhuran atau kekayaan, tetapi juga melalui ketenangan jiwa dan hubungan dengan diri sendiri.
Dr Hisham terus aktif menjalankan sesi coaching peribadi dan kumpulan, serta bekerjasama dengan institusi, organisasi, dan komuniti yang ingin membina semula kekuatan mental, kepimpinan berjiwa dan budaya kerja yang lebih manusiawi.
The post Azharina Menangis Dengan ‘Dr Healing’, Terlalu Penat Emosi & Mental first appeared on OHBULAN!.