Pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis pada Selasa selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja
Artikel Berkaitan: Baru Kahwin 9 Bulan, Suami Influencer Kantoi Cabul Pelajar Sekolah?
Cabul?

Memetik laporan Harian Metro, mangsa mendakwa mereka telah berkenalan di sebuah kafe tempatnya bekerja.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.
Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.
Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Sumber: Harian Metro
The post Artis Popular Ditahan Polis, Didakwa Cabul Remaja 17 Tahun first appeared on OHBULAN!.