26.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 29, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Anggota Tentera Pangkat Koperal Terbunuh Ditembak Pemburu Haram Semasa Latihan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Seorang anggota tentera berpangkat Koperal dilaporkan maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan pemburu haram.

    Maut ditembak pemburu haram

    Memetik laporan Berita Harian, insiden itu berlaku ketika mangsa dari Batalion Ke-3, Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) sedang menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi Siri 2/2024 di kawasan hutan di Song dalam Bahagian Kapit, awal pagi Isnin.

    Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak iaitu Datuk Mancha Ata, mangsa, 28, yang mengalami kecederaan pada pinggang dan paha kiri disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kapit, pada jam 7.43 pagi tadi.

    Polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di kawasan hutan Batu 5 Jalan Balak Multiplus, Song itu pada jam 5.57 pagi hari ini.

    Pengadu memaklumkan bahawa seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan terkena tembakan disyaki dilepaskan oleh orang awam yang memburu di kawasan itu.

    Difahamkan, bantuan tiba di tempat kejadian pada jam 3.20 pagi dan mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song sebelum dipindahkan ke Hospital Kapit.

    MENARIK:  Saya Wanita yang Mandiri: Menyediakan Segalanya untuk Masa Depan Saya dan Anak-Anak Sebelum Kahwin

    Ketika dalam perjalanan ke hospital, mangsa yang berada dalam keadaan lemah telah mengalami muntah darah sebanyak dua kali.

    Kes masih dalam siasatan lanjut dan polis melancarkan gerakan memburu suspek.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.