28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Uniknya Nasi Ambeng “Nasi Berkat” yang Menjadi Tumpuan di Perut Keroncong.

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Siapa sini berdarah Jawa khususnya yang dari Johor? Haa harini min nak kongsikan dengan korang keunikan sedulang nasi ambeng yang digelar sebagai “nasi berkat”. Jom kita semak sama-sama kat bawah ni!

    Sejarah nasi ini bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal dari  Tanah Jawa Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu Malaysia sekitar tahun 1890-1900. Kini mereka telah menjadi warga Malaysia. Ianya merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya.

    masyarakat jawa

    Nasi ambeng akan dihidangkan di dalam sebuah dulang besar (talam) dengan di lengkapi lauk-pauk asli Jawa. Lauk-pauk itu terdiri daripada serunding kelapa, ikan kering jenis bulu ayam, kacang tanah, sambal goreng (tauhu, tempe, kentang & suhun). Lauk utamanya merupakan ayam masak kicap dan sayuran kacang panjang. Satu hidangan (talam) biasanya untuk keperluan 5-6 orang. Pada majlis kenduri biasanya ia dibahagi rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga.

    nasi ambeng

    Konsep Nasi Ambeng

    Konsep nasi ini amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat. Tiada beza membeza jenis makanan bagi si miskin atau si kaya. Menurut kepercayaan masyarakat Jawa, nasi ambeng adalah makanan tradisi dan menu dihidangkan akan memberi keberkatan berikutan doa-doa dibacakan di dalam majlis kenduri yang para tetamu hadiri. Kerana itulah ianya diberi gelaran sebagai “nasi berkat”.

    nasi ambeng
    Sumber: Google

    Kaedah menyediakan nasi ambeng tidak terlalu rumit dan tidak memerlukan masa lama kerana ia dimasak secara gotong-royong. Dalam bahasa Jawa ianya dipanggil ‘rewang’. Itulah keunikan juadah istimewa ini, melambangkan budaya dan gaya hidup bagi masyarakat Jawa di Malaysia terutama di Selangor, Johor, Melaka, Perak dan beberapa lagi kawasan lain.

    rewang
    Sumber: Google (Aktiviti Rewang)

    Baca juga artikel: Resipi Nasi Dagang Asli Terengganu

    MENARIK:  Mari Makan Masakan Nusantara Di Senang Makan Station, Best Giler!

    Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.