30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, August 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Top 5 Bazar Ramadhan Yang Kena Pergi di KL Hokay!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Ramadan dah nak hampir guys! Korang semua mesti dah ada plan nak pergi beli belah dekat bazar ramadhan. Kalau begitu, min ada nak cadangkan beberapa bazar yang korang boleh kunjungi dekat area Kuala Lumpur sempena bulan ramadan ni! Nak tahu lebih lanjut, baca sampai habis tau!

    1. Bazar Ramadhan Kampung Baru

    Bazar Kampung Baru

    Salah satu bazar yang terkenal di area Kuala Lumpur ialah Bazar Ramadhan Kampung Baru. Terletak di sepanjang Jalan Raja Muda Musa di Kampung Baru, bazar ini menjual pelbagai jenis makanan yang mungkin menjadi salah satu tempat yang popular di sekitar pusat bandar. Dari semua jenis nasi campur hingga ke kebab yang lazat, bazar ini pasti akan ada makanan yang korang nak.

    2. Bazar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail

    Bazar Ramadan TTDI

    Bazar ini terletak berhampiran dengan McDonald’s TTDI. Ia agak sibuk, jadi pergi ke sana segera selepas ia dibuka kalau korang tak suka orang ramai. Bazar ini sangat popular dengan orang KL!

    3. Bazar Ramadhan Bukit Bintang

    Walaupun ia tidak besar, mereka mempunyai semua yang makanan ikonik bazar ramadhan seperti nasi briyani, nasi lemak, roti john dan banyak lagi. Memandangkan ia adalah kawasan sesak, min cadangkan untuk korang pergi sini dengan pengangkutan awam jika kalau boleh – Stesen Monorel dan MRT Bukit Bintang terletak beberapa langkah dari bazar, menjadikannya sangat mudah untuk dikunjungi.

    4. Bazar Ramadhan Chow Kit

    Bazar ni bukanlah popular sangat kalau nak berbanding dengan bazar-bazar lain di KL, tetapi ada jugak banyak seleksi dan varieti makanan dan minuman yang korang boleh pilih untuk berbuka.

    MENARIK:  Eh, Etok Salai ni, Makanan Tradisional Kelantan 'Rare' sikit lah!

    5. Bazar Ramadhan Wangsa Maju

    Bazar ni ada banyak makanan lazat macam roti bom, nasi campur, air buahan dan banyak lagi. Mesti try sekali sekala, underrated gila!

    Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom kita singgah bazar ramadhan tahun ni supaya kita dapat support bisnes tempatan dan menjamu selera mkanan orang Malaysia!

    Artikel oleh Farzana Iwani



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.