Sempena nak raya ni, Tealive telah menguarkan menu baru dengan bahan utama iaitu Belgian Coco. Min share sedikit pasal coco ni, jadi Belgian Coco ni mempunyai kandungan coco yang lebih tinggi berbanding jenis coco yang lain, faktanya Belgian Coco mempunyai 20% coco berbanding yang lain dengan 10% sahaja kandungannya. Dengan kualiti yang tinggi diimport dari Barat Afrika, keaslian serbuk koko terjamin dan faktanya lagi, rasa dan tekstur airnya lebih lembut, berkrim dan mudah larut dalam mulut.
Sedikit info berkaitan Series ini:
1 April adalah permulaan promosi ini sehingga diberitahu, Tealive juga menawarkan 4 jenis menu berasaskan Belgian Coco.
Belgian Coco With Pearl- Sama seperti menu utama mereka Bang-Bang Milk Tea, Bang-Bang Fresh Milk, minuman ini hanya diletakkan pearl sahaja.
Cream Cloud Belgian Coco- Yang membuatkannya istimewa adalah tambahan Butter Caramel Cream Cloud. Rasa berkrim dari gabungan cheese dan coklat membuatnya lebih berkrim dan sedikit rasa karamel untuk menghilangkan muak
Belgian Coco Black Forest Smoothie- Jadi ini rasanya lebih berais kerasan ianya dikisar dan seperti Cream Cloud Belgian Coco, selepas dituang ke dalam cawan ditambah pula dengan cream cheese. Taburan serbuk cookies dan jangan risau taburan atas tu boleh pilih lah.
Belgian Coco Hazelnut Crunch- Ini orang cakap full coklat, rasa seakan forrero rocher puan ada. Atas tu taburan oreo tetapi, menu ini di kawasan terpilih sahaja di Klang Valley.
Min Nak Yakinkan Korang jadi min share la link video, semoga teracun
Video review Tealive Coco Havoc- https://vt.tiktok.com/ZSFV3EUcC/, , https://vt.tiktok.com/ZSFV3Tj3n/
Jangan lupa serbu ya korang, yang mana peminat coklat tu boleh la rasa dari air biasa sehingga smoothie dengan taburan cookies, dengar pun dah menyelerakan.
Artikel daripada Jabarullah.