30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Serba-Serbi Negeri Pahang: Menu Puding Raja Terbaik Di Seluruh Senarai Hideakan.

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Puding Raja memperoleh namanya menerusi satu fakta yang menarik di mana ia hanya dihidangkan di istana pada masa dahulu. Ia masih lagi dianggap sebuah hidangan pencuci mulut yang eksklusif di Malaysia kerana peminatnya hanya boleh memperoleh puding raja yang sebenar di Pahang. Puding raja adalah hidangan tradisional Melayu Pahang yang diambil sebagai makanan pembuka atau pencuci mulut dan ianya mudah disediakan.

    puding diraja

    Di negeri Pahang, makanan istimewa ini kadang-kadang juga dikenali sebagai “Puding DiRaja”. Ianya boleh didapati di beberapa restoran dan gerai makanan di bandar diraja Pekan dan juga restoran-restoran terpilih di Kuantan. Makanan pembuka kegemaran atau pencuci mulut yang diambil oleh orang tempatan dengan teh petang mereka, hidangan istimewa ini juga biasanya disajikan semasa majlis perkahwinan dan perayaan tradisional Melayu.

    puding diraja pahang

    Keistimewaan puding raja ini adalah cara hidangannya yang sama sekali berbeza dengan puding- puding lain yang kebanyakannya bahan campuran telah sebati sebagai satu hidangan. Puding raja pula dihidangkan dengan bahan-bahan yang berbeza dalam satu bekas (analoginya adalah seperti rojak) iaitu secara berlapisan dalam satu bekas, dimulakan dengan pisang lemak manis yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastard.

    MENARIK:  Syurga Dessert & Flower Tea Ala-ala Unique, The Butter Beri Cabaran Pastry!

    Jika dilihat, bahan-bahan yang digunakan adalah mahal. Kerana itulah pada zaman dahulu ianya hanya dihidangkan di istana sahaja. Salah satu bahan utama dalam puding ini adalah pisang. Ia hanya menggunakan pisang jenis lemak manis sahaja. Jika menggunakan jenis pisang lain, pasti akan berlainan rasanya.

    Baca juga artikel:

    Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.