Nak restaurant makanan Arab yang santai untuk korang relax tapi tak pasti kat mana? If so, Min ada satu restaurant yang pasti akan jadi pilihan korang. Restaurant Arab ni bernama Delicious Shawarma yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Nama restaurant pun ada perkataan shawarma so sudah semestinya shawarma menjadi hidangan utama.
Interior design Delicious Shawarma mempunyai lampu yang terang supaya waktu malam akan mempunyai aura yang mengalu – alukan para pelanggan. Suasana di restaurant ini juga mesra dan ruang juga besar dan bersih. Pelanggan yang dikasihi juga akan rasa selasa semasa menjamu selera di Delicious Shawarma.
Menu
Mandi Chicken (RM18)
Nikmati Mandi Chicken dengan Nasi Mandi bersama ayam yang lembut, sup, sayur dan sos. Confirm dapat kenyangkan perut korang.
Lamb Wrap With Rice (RM25)
Lamb Wrap dengan Nasi Mandi mereka pun wajib dicuba sebab rasanya sedap dan Lamb Wrap pula serasi dengan nasi dan sup yang disediakan.
Mix Shawarma (RM26)
Tak pasti nak ayam atau kambing? Makan je dua-dua dengan Mix Shawarma yang mereka sediakan.
Delicious Shawarma juga menyediakan menu makanan Arab lain yang beraneka untuk para pelanggan pilih mengikut cita rasa tersendiri. Pilihan juga banyak jadi korang boleh pilih different order setiap kali singgah Delicious Shawarma. Min semestinya recommend untuk korang cuba Delicious Shawarma sebab akan berbaloi duit dan masa yang korang gunakan semasa berada ni restaurant ni.
Location & Info
Delicious Shawarma
📍D-9-G, putra walk, Jalan PP 25 Taman Pinggiran putra SEKSYEN 2, Bandar putra permai, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor
🗺️ Google Maps: Delicious Shawarma
⏰Waktu Operasi: 11.00 am – 11.30 pm (BEROPERASI SETIAP HARI)
📲Phone: 011-11759250
📲Instagram: Delicious Shawarma
📲Facebook: Delicious Shawarma