Hai korang! Korang teringin tak nak makan masak lemak cili api. Hari ni min nak kenalkan korang dengan Zaini Salai House.
Restoran ni terletak berhadapan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul. Jadi persekitaran restoran tu memang menenangkan. Kalau korang pergi Sungai di Hutan Lipur Ulu Bendul jangan lupa singgah Zaini Salai House tau.
Restoran Zaini Salai House ni menyediakan pelbagai aneka makanan masakan Negeri Sembilan. Restoran ni menyediakan hidakan masakan tradisional Negeri Sembilan lebih-lebih lagi menu masak lemak cili api yang menjadi tarikan di restoran itu. Buat penggemar masakan masak lemak cili api Zaini Salai House mesti menjadi port wajib korang.
Kalau korang nak tengok restoran lain yang menghidangkan masak lemak boleh klik di sini.
Menu
Gulai Ayam Kampung (RM 8.00)
Kalau korang nak merasa makan ayam kampung dekat sini ada dihidangkan gulai ayam kampung. dengan kuah masak lemak. Rasa dia memang best.
Gulai Daging Salai (RM10.00)
Gulai daging salai juga merupakan antara menu lain yang dihidangkan di sini.
Rendang Itik (RM 8.00)
Masakan lain macam rendang itik juga dihidangkan. Buat korang yang nak merasa rendang itik boleh datang ke restoran ni.
Haa amacam menarik perhatian korang tak? Tunggu apa lagi jom kita makan di Zaini Salai House!
Lokasi
Zaini Salai House
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/rMaQ1Hx7gMQSrmAVA
⏰ Isnin – Ahad / 10:00 am – 4:30 pm
📲Tik Tok: zainisalaihouse88
📲Instagram: zainisalaihouse
📲Faceook: Zaini Salai House