Hai semua! Best kan kalau waktu terik panas dapat pula minum ais. Sungguh menyegarkan! Berita baik untuk semua, jika anda rasa haus dan ‘craving’ manisan bolehlah singgah di kedai Ais Kepal Kome. Kedai ini terletak di Sungai Besar.
Restoran Ais Kepal Kome ini menerima ulasan yang sangat positif dari pelanggan yang pernah berkunjung ke sini. Mana tidaknya dengan rasa Ais kepal yang sedap dan menyegarkan ditambah pula dengan pelbagai pilihan topping yang menarik serta perisa yang unik.
Menariknya kedai ini, mereka bukan sahaja menyediakan Ais kepal namun ada juga snek yang sangat sesuai dipadankan dengan Ais kepal. Sebagai contoh keropok lekor, laksa dan banyak lagi.
Lokasi kedai ini yang terletak di tepi sawah padi menjadikan ianya strategik dan sesuai untuk seisi keluarga. Para pelanggan boleh menikmati manisan ini walaupun di bawah terik panas matahari. Hal itu tidak mendatangkan masalah malah lebih menyamankan dengan angin dari sawah padi dan berteduh di bawah pohon. Menarik bukan? Dimana lagi nak dapat kenyamanan seperti di kedai ini.
Menu
Bukan itu sahaja, rata-rata pelanggan menyatakan bahawa harga yang ditawarkan adalah berpatutan, dengan kualiti dan kuantiti yang memuaskan. Siapa yang tidak senang kalau makanannya sedap harga pula murah. Cukup senang hati, kalau nak pergi makan banyak kali pun berbaloi walaupun jauh. Siap ada khusus menu ‘Rahmah’ lagi.
Secara keseluruhannya restoran ini dianggap sebagai “must-visit” apabila berada di Sungai Besar. Terutama pada hari yang panas. Apa tunggu lagi jom lah ramai-ramai serbu kedai Ais Kepal Kome ini.
Info lanjut? Boleh semak di bawah:
Baca juga artikel:
Artikel oleh Syuriana Ibrahim.