26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Pasukan Udon: Cuba Makanan Best Dari Jepun Yang Unik Gila!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Kebiasaannya, bila becakap pasal udon, kita akan membayangkan hidangan mi tebal dan sup. Hari ni min nak membawa korang ke Team Udon di mana menu hidangan udon dihidangkan dengan keunikan yang pelbagai dan menepati cita rasa makanan di Malayssia.

    Terletak di Jalan HS Lee, City Centre Kuala Lumpur, Team Udon menjanjikan pengalaman makan udon yang lain daripada yang lain. Dengan kedai yang berkonsepkan kesejukan, dekorasi serta reka bentuk dalaman restoran ini sangat bersih dan sejuk. Memang sesuai lebih – lebih lagi ketika waktu tengah hari yang panas terik.

    Reka Bentuk Dalaman Team Udon
    Reka Bentuk Dalaman Team Udon

    Harga hidangan di Team Udon juga amatlah berpatutan dengan jurang harga dari RM10.80 hingga RM20.80 korang boleh menikmati menu udon yang berkualiti dan sedap.

    Menu

    Buttermilk Udon

    Menu udon yang dihidangkan dengan kuah buttermilk, rempah kraage dan spring onion. Peminat buttermilk pasti akan tertarik dengan menu ini dan korang wajib cuba.

    Buttermilk Udon Team Udon

    Ponzu Wasabi Udon

    Ponzu Wasabi Udon ni juga korang wajib cuba tau. Hidangan udon sejuk ini dihidangkan dengan sos ponzu, telur onsen, lobak putih, tanuki dan spring onion.

    Ponzu Wasabi Udon Team Udon

    Matcha Udon

    Kalau korang sukakan menu yang dihidangkan dengan matcha di sini juga ada pilihan. Matcha udon dihidangkan dengan sup udon matcha dengan udang tempura dan spring onion.

    Matcha Udon Team Udon

    Udon Lemak

    Ini adalah antara menu yang memang akan menarik perhatian korang. Dihidangkan seperti hidangan menu kegemaran rakyat Malaysia, Udon Lemak pasti akan menarik perhatian korang. Udon ini dihidangkan dengan udon kering dengan santan, telur onsen, ikan bilis, kacang, timun, spring onion dan dihidangkan dengan sambal nasi lemak dan udang rangup yang pedas. Menu ini mesti ada dalam check list korang kalau berkunjung ke Team Udon.

    MENARIK:  Makanan Tradisional: Baik & Buruknya - Mana lebih sedap?
    Udon Lemak Team Udon

    Karokke

    Antara hidangan ringan yang disediakan, karokke dihidangkan bersama sos mayonis.

    Karokke Team Udon

    Rempah Kraage

    Rempah kraage diinspirasikan dari menu ayam rempah, antra menu yang korang patut cuba.

    Rempah Kraage Team Udon

    Oreo Tempura

    Seperti namanya, hidangan ini adalah hidangan biskut oreo yang digoreng dengan tempura.

    Oreo Tempura

    Menu-menu ini pasti dapat memberikan korang satu pengalaman yang tak dapat korang lupakan dengan keunikan dan kepelbagaian menu yang disediakan mengikut cita rasa tempatan. Untuk mengetahui makanan yang sedap di kawasan Kuala Lumpur, boleh klik di sini.

    Lokasi

    Team Udon

    📍 27-G, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/PkLUxF11F6umk88o8
    ⏰ 12pm – 3pm / 5pm – 9:30 pm
    📲Instagram: Team Udon
    📲Facebook: Team Udon

    📲TikTok: Team Udon



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.