Seperti yang kita semua tahu nasi kandar sangat terkenal di Pulau Pinang. Namun, kini ia sudah mula dijual di serata negeri dengan keunikan tersendiri. Ramai yang tidak tahu sebenarnya ianya adalah makanan ruji kaum buruh kasar yang bekerja di pelabuhan pada satu ketika dulu di Pulau Pinang, pelabuhan utama Semenanjung Tanah Melayu.
Nasi kandar dipercayai berasal dari selatan India. Ia mula menular di Tanah Melayu kerana kekerapan para pedagang India Muslim yang berulang-alik antara India dan Tanah Melayu. Ianya adalah makanan ruji kaum buruh kasar yang bekerja di pelabuhan pada satu ketika dulu di Pulau Pinang. Dipercayai makanan ini bertapak di Pulau Pinang sekitar tahun 1920 hingga 1930 yang dinikmati pada waktu pagi.
Sejarah Mendapat Namanya
Di sinilah bermulanya nama nasi kandar. Ianya diambil dari peniaga yang berniaga secara bergerak menggunakan kayu pengandar dan dua bakul dikandar yang di dalamnya di isi dengan nasi kukus, kari ikan, ikan goreng dan bendi . Peniaga ini akan tiba di sekitar pelabuhan pada awal pagi kerana pekerja pelabuhan akan selalunya memulakan kerja mereka selepas makan nasi awal pagi sebagai sumber tenaga untuk persiapan mereka bekerja sehingga petang. Resipi nasi ini dicipta oleh golongan India Muslim di Pulau Pinang. Sebab tulah korang takkan jumpa nasi kandar di India.
Penjual nasi kandar tidak mampu untuk mengangkat sajian yang banyak kerana mereka hanya menggunakan pengandar untuk berniaga. Namun selaras dengan perubahan masa, hidangan ini telah menjalani transformasi apabila ramai pengusaha nasi ini mempelbagaikan lauk-pauk di restoran mereka.
Baca juga artikel: Siapa Tak Kenal Nasi Lemak? Inilah Dia Sarapan Popular di Malaysia!
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.