26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Makanan Siap Makan dari YOLO Foods: Senang Tanpa Hilang Sedapnya

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    YOLO FOOD

    Hai guys! Hari ini Min sangat teruja untuk berkongsi dengan semua especially kepada healthy food lovers tentang penemuan terbaru Min, iaitu produk terbaru dari YOLO FOODS! Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang special sangat pasal produk ni kan! Jadi, mari kita lihat lebih lanjut!

    Pengenalan

    Kalau hampa semua nak tau, YOLO Foods ni adalah sebuah jenama yang terkenal terutamanya dalam industri hidangan Ready-To-Eat Meal. Mereka menawarkan dan menyediakan pelbagai jenis makanan daripada hidangan antarabangsa hinggalah kepada hidangan yang mengikut trend diet sihat seperti salad dan makanan rendah karbohidrat. So, kepada siapa-siapa yang jenis jaga pemakanan, korang boleh la try this produk.

    Bagi pengguna muslim, hampa toksah bimbang!! Produk makanan keluaran YOLO Foods ini telah mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM. Oleh itu, hampa semua dapat menikmati kenikmatan, kesedapan dan kesyahduan produk makanan ini tanpa rasa was-was dan ragu-ragu.

    Regular Meals

    Lite Meals
    Lite Meals

    Selain daripada itu, kepada mereka yang menitik beratkan kesihatan badan, korang jangan risau dan gundah-gulana. YOLO Foods Ready-To-Eat Meal menawarkan 2 jenis hidangan iaitu pertama “Lite Meals” yang mengandungi sekitar 250g-350g setiap hidangan, manakala yang kedua ialah “Regular Meals” yang mengandungi sekitar 350g-500g. Dan, “Lite Meals” adalah pilihan terbaik untuk korang yang nak jaga pemakanan. So, walaupun korang tengah diet, korang masih dapat menikmati kelazatan YOLO Foods tau!!

    Menu

    Lite Meals

    • Basil Minced Chicken w/ Brown Rice
    • Beef Bolognese Pasta w/ Mushroom Ragout
    • Honey Miso Tempeh w/ Quinoa and Broccoli
    • Teriyaki Salmon w/ Brown Rice, Kimchi and Edamame
    • Gong Bao Chicken w/ Brown Rice and Eggplant
    • Lamb Kofta w/ Couscous, Cucumber Mint Yoghurt and Pomegranate 

    Regular Meals 

    • Gong Bao Chicken w/ Mix Veggie and Fried Rice
    • Salmon & Spinach Pie 
    • Chicken Ball Pasta w/ Nutty Tomato Sauce and Green Peas
    • Creamy Chicken Lasagna
    • Mediterranean Chicken Stew w/ Mash Potato
    • Butter Chicken w/ Pumpkin Rice and Chopped Sweet Snap Peas

    Rasa

    Ini adalah pendapat dan review jujur daripada Min sendiri tentang beberapa hidangan yang Min rasa.

    MENARIK:  Kedai Nasi Lemak Pak Ayob - Tempat Sarapan Best Di Shah Alam

    Gong Bao Chicken with Mix Veggie and Egg Fried Rice

    Gong Bao Chicken with Mix Veggie and Egg Fried Rice

    Untuk hidangan “Gong Bao Chicken with Mix Veggie and Egg Fried Rice”, Min rasa hidangan ni sangat sedap sebab ada ayam yang lazat dalam sos Gong Bao yang pedas dan manis, ditambah campuran sayur-sayuran segar, dan nasi goreng telur yang mengenyangkan, membuatkan Min tak henti-henti makan. Kalau korang nak tahu, hidangan ni jugak mempunyai kalori yang rendah tau! So, kalau korang nak rasa makanan klasik daripada negara China tanpa perlu melancong ke sana, korang boleh la try hidang ni.

    Butter Chicken with Pumpkin Rice and Chopped Sweet Snap Peas

    Butter Chicken with Pumpkin Rice and Chopped Sweet Snap Peas

    Sementara itu, untuk hidangan “Butter Chicken with Pumpkin Rice and Chopped Sweet Snap Peas” korang akan rasa keunikkan nasi yang dimasak dengan labu, yang mana rasa unik giler tau! Tapi, apa yang lebih memikat hati Min adalah rasa ayam mentega yang lazat, dengan sos yang enak dan asli. Min sangat syorkan hidangan untuk pencinta rasa yang ingin meneroka dan memenuhi citarasa mereka.

    Kesimpulan

    Min sangat-sangat recommend to those yang jaga pemakanan tapi busy dengan life untuk try product keluaran YOLO Foods ni. Dengan terdapat pelbagai pilihan hidangan yang boleh korang pilih dan hidangan ni sangat-sangat mudah untuk disediakan which only take 3-5 mins je untuk sediakan. So, jangan teragak-agak untuk mencuba hidangan daripada YOLO Foods ni tau and korang akan dapat nikmati pengalaman baru, gabungan sempurna antara kesihatan dan rasa yang lazat.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.