Korang tak tau nak bawa keluarga korang pergi mana? Haa hari ni min nak bagi cadangan dekat korang satu restoran dengan lokasi yang unik. Terletak di Kota Warisan Sepang, Hilltop Cuisine Kota Warisan mesti menjadi lokasi yang patut korang cuba.
Suasana di Hilltop Kota Warisan memang cantik. Berkonsepkan outdoor sambil boleh tengok pemandangan di Sepang. Kalau datang waktu petang, korang boleh dapat view sunset yang cantik. Rugi kalau korang tak cuba. Kalau hujan memang tiada masalah kerana di sini juga menyediakan tempat makan secara indoor menggunakan khemah yang besar.
Kebanyakan menu yang disediakan adalah menu western seperti Aglio olio, burger dan hidangan pencuci mulut. Banyak lagi hidangan disediakan yang mesti korang cuba.
Menu
Aglio Olio
Menu aglio olio dihidangkan dengan udang, sotong dan lala.
Hilltop Cheese Burger
Burger dihidangkan dengan roti arang bersama daging burger dan sos keju.
Shellout
Di Hilltop Cuisine juga menyediakan menu shellout. Antara makanan yang disediakan adalah lala, udang, octopus leg, bamboo clam, mussel dan flower crab. Menu ini juga didatangkan dengan 3 pilihan sos iaitu hot spicy curry, butter milk dan Singaporean chilli.
Jadi macam mana? Menarik tak? Kalau korang berminat tunggu apa lagi? Jomlah serbu!
Mencari restoran lain menyediakan menu shellout? Boleh klik di sini untuk tahu lebih lanjut.
Lokasi
Hilltop Cuisine Kota Warisan
📍 Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
🗺️Google Map: https://g.co/kgs/WszV5e6
⏰ 12pm – 11:30pm
📲Instagram: hilltopcuisine
📲Facebook: Hilltop cuisine kota warisan