Hai korang hari ni min nak tunjukkan dekat korang satu kedai kopi yang menarik terletak di seksyen 9 Shah Alam. Nak tahu apa keistimewaan Kedai Kopi Kebun ini, korang kena baca sampai habis.
Kedai Kopi Kebun, kalau nak disimpulkan secara ringkas ia adalah tempat dimana tumbuh tumbuhan bergabung dengan kopi. Kenapa? Sebab kalau korang datang ke kafe ini, korang akan terpesona dengan kehijauan dan udara segar di kafe ini yang penuh dengan pokok-pokok yang memberi pengalaman korang minum di kedai kopi pada “next level”.
Di sini, antara menu yang menjadi tumpuan ialah kopi Muar, Bandung Soda dan Mee Bandung Muar. Menu lain seperti hidangan pencuci mulut pun ada. Kalau korang nak tengok lagi kafe yang berkonsepkan kebun, korang boleh klik di sini.
Menu
Mee Bandung Muar
Antara hidangan yang korang kena cuba di Kedai Kopi Kebun kerana ini antara menu yang paling diminati pelanggan-pelanggan yang datang. Korang pun kena cuba tau.
Nasi Lemak
Di sini juga ada dihidangkan menu nasi lemak tau. Hidangan ringkas yang memang sesuai sebagai menu sarapan kalau korang order sekali dengan kopi memang pekena.
Kopi Ais Muar
Menu Kopi Ais Muar adalah antara tarikan utama yang disediakan Kedai Kopi Kebun. Kalau korang datang ini mesti salah satu menu minuman yang korang mesti cuba.
Kalau korang berminat dengan menu dan persekitaran yang di tawarkan di Kedai Kopi Kebun, korang tunggu apa lagi! Jom singgah Kedai Kopi Kebun!
Lokasi
Kedai Kopi Kebun
📍 1st Floor, Plaza Masalam, Jl. Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/db8sEjptjTVfSZmL7
⏰ Isnin – Ahad 9am – 8pm
📲Instagram: Kedai Kopi Kebun
📲Facebook: Kedai Kopi Kebun
📲TikTok: Kedai Kopi Kebun