26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kedai Nasi Lemak Pak Ayob – Tempat Sarapan Best Di Shah Alam

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Korang nak makan nasi lemak untuk sarapan pagi? Tapi tak pasti nak makan di mana? Hari ni min nak kenalkan korang dengan Warung Nasi Lemak Pak Ayob. Nak tahu apa keistimewaan restoran ni? Korang kena baca sampai habis.

    Warung Nasi Lemak Pak Ayob terletak di seksyen 20 Shah Alam merupakan antara lokasi yang terkenal dengan menu sarapannya lebih – lebih lagi menu nasi lemak yang menjadi menu pilihan utama pelanggan di restoran itu. Kenapa? Mestilah sebab hidangan nasi lemak yang sedap kalau korang tak percaya boleh klik sini untuk baca review.

    Selain itu, Suasana di restoran ini yang bertemakan warung dan terbuka memang boleh dijadikan pilihan korang sebagai port berjumpa kawan-kawan dan keluarga korang.

    suasana di warung nasi lemak pak ayob

    Menu

    Nasi Lemak

    Untuk menu Nasi Lemak, korang boleh pilih pelbagai jenis lauk daripada ayam goreng, peparu, telur mata dan lain-lain. Hidangan nasi lemak di sini antara yang best min pernah rasa dengan sambalnya yang pedas dan manis, nasi dia pun memang sesuai dengan sambal nasi lemak yang disediakan.

    Menu hidangan nasi lemak

    Roti Canai

    Selain nasi lemak, menu roti canai pun ada. Antara menu roti canai yang ada adalah roti canai kosong, roti canai telur, roti canai bawang, roti planta dan roti bom.

    MENARIK:  Sultan Sedap Bukit Baru: Tempat Makan Terbaik di Tengah Bukit Baru
    Menu roti canai

    Macam mana? Menarik tak? Kalau korang berminat boleh tengok info mengenai Warung Nasi Lemak Pak Ayob di bawah. Kalau korang nak check out lebih banyak restoran yang menawarkan menu nasi lemak yang sedap korang boleh klik di sini.

    Info & Lokasi

    Warung Nasi Lemak Pak Ayob

    📍31, Jalan Singa G 20/G, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

    🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Md4NB7Kc5XriC57J7

    ⏰Waktu Operasi: 6:30 am – 12pm , 5:30pm – 10pm (tutup pada hari Isnin)

    📲Facebook: Warung Nasi Lemak Pak Ayob Seksyen 20



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.