Hai semua! Pernah dengar tak tentang warung kopi Roti Kitab by Nikafe’. Warung kopi ini menjual berbagai jenis Roti Kitab istimewa untuk pelanggan mereka. Lokasi warung ini betul-betul terletak di tepi tasik Seksyen 7, Shah Alam Selangor.
Roti Kitab
Kedai ini mempunyai rasa asli dan kaya dengan aroma dari makanan tersebut. Dengan penggunaan potongan tebal Roti Benggali yang segar dan lembut. Kemudian disapu pula dengan kaya dan dihidangkan dengan telur separuh masak yang enak diatas roti tersebut. Cukup mengiurkan!!!
Nak tahu apa yang yang lagi menarik? Kedai ini bukan setakat menyediakan hidangan roti. Malahan juga, pelbagai makanan pagi dari Kelantan. Makanan-makanan tersebut dihantar terus dari negeri itu pada setiap pagi. Selain itu, terdapat juga Teh Tarik yang padu dan kopi campuran dari borneo dan timur. Hal ini sekaligus memberikan kelainan dan menambahkan lagi kesedapan aroma minuman pagi. Menu-menu yang disediakan cukup menarik.
Suasana restoran ini sangatlah menenangkan dek lokasinya yang terletak berhampiran tasik. Ia menjadikan tempat ini selesa untuk keluarga dan rakan-rakan. Harga yang ditawarkan oleh warung ini pula agak berpatutan. Sangat menyenangkan bila dapat makan dengan suasana santai ditambah pula dengan harga murah.
Keadaan di warung ini sangat sibuk dan ramai pelanggan sehinggakan ada yang terpaksa berebut meja dan beratur panjang. Meskipun begitu, servis yang ditawarkan sangat bagus. Pekerja-pekerja disini sangatlah laju memenuhi pesanan pelanggan walaupun tak menang tangan.
Menarik bukan warung kopi pagi ini? Jadi apa tunggu lagi, jom semua kita serbu kedai ini!
Info lanjut? Boleh semak di bawah:
🗺️ Google Map: https://maps.app.goo.gl/Gb7yyLD1FEX47Y2e6
📍 Lokasi: Kiosk 1: Roti kitab, Taman Tasik, Jalan Platinum 7/60, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
⏰ Waktu operasi: Sabtu – Khamis ( 7.30am-12.00pm)
📲 Instagram: @rotikitab
📲 Facebook: https://www.facebook.com/share/sH8vqVrUVj2CjgrY/?mibextid=qi2Omg
📞 Phone: 0132327979
Baca juga artikel:
Artikel oleh Syuriana Ibrahim