30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Jeruk Maman: Benda Cantik di Perlis yang Tak Terduga

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Jeruk Maman dibuat daripada tumbuhan yang dinamakan sebagai Maman. Pokok Maman atau nama saintifiknya Cleome Gynandra merupakan tumbuhan renek yang boleh dijumpai hidup di kawasan berpasir dan tanah lapang. Kebiasaannya pucuk atau daun muda dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Air jeruknya menjadi pencecah kepada ikan bakar dan makanan yang lain. Bahan asas penyediaan sajian tradisi ini ialah pucuk atau daun muda maman, nasi putih, garam dan air secukupnya.

    Cara membuat makanan warisan dari negeri Perlis ini sangat mudah, iaitu dengan memotong daun maman, dibasuh berulang kali kerana maman ini mempunyai pasir yang terlekat di daunnya. Sesudah itu daun maman diramas dengan garam kasar, sehingga ia layu. Kemudian, daun maman dipindahkan ke dalam bekas kedap udara. Setelah itu barulah dimasukkan cili padi dan air masak. Apabila siap, ia akan diperam pada suhu bilik selama seminggu. Apabila jeruk maman ni sudah masam barulah ia boleh dimakan.

    jeruk maman

    Keunikan Jeruk Maman

    • Tumbuh Liar: Tumbuhan maman ini biasanya tumbuh liar di kawasan hutan atau kebun-kebun di Perlis.
    • Rasa Khas: Rasa asam segarnya yang unik membuatkan jeruk maman menjadi pembuka selera yang sangat baik.
    • Kaya Manfaat: Memiliki banyak manfaat kesihatan, salah satunya adalah sebagai sumber vitamin C.
    • Kulinari Tradisional: Makanan ini telah menjadi sebahagian dari kulinari tradisional Perlis sejak dulu kala.
    jeruk maman perlis

    Cara Menikmati

    Ada beberapa cara untuk menikmati jeruk maman ini. Jom kita semak kat bawah:

    • Makan terus: Cara paling mudah ialah makan terus. Rasai sensasi masam segar yang serta-merta menggeletek lidah anda.
    • Dibuat dengan Sambal: Jeruk maman sering digunakan sebagai sos cili sebagai pelengkap nasi. Rasa masam akan menambah rasa pada hidangan utama.
    • Dijadikan Acar: Rendamkan dalam air garam dan cuka.
    • Sebagai Bahan Masakan: Digunakan sebagai bahan masakan seperti masak lemak atau asam jawa.
    MENARIK:  15 Tempat Terbaik untuk Buka Puasa di Bangsar!

    Baca juga artikel:

    Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.