Hai korang! Harini min nak panggil semua peminat makanan Korea untuk cuba dekat satu port makan baru yang terletak di Kuala Lumpur. Nak tahu dekat mana dengan lebih lanjut? Pastikan korang baca sampai habis ok!
Ingin mencari port makan menarik di sekitar Kuala Lumpur? Tekan disini.
Mukbang Buffet merupakan sebuah restoran makanan Korea yang korang wajib cuba kerana mereka memiliki pelbagai jenis hidangan authentic Korea yang dapat memenuhi segala keinginan korang. Bukan itu saja, malah korang juga boleh refill banyak kali di buffet ini kerana mereka dikenali dengan Unlimited Korean Food Buffet.
Menu
Korean Street Food
Haaa, kalau nak makan makanan Korea, mestilah korang nak cari street food mereka kan? Jangan risau sebab dekat Mukbang Buffet ini ada menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan street food yang pasti dapat memikat selera korang.
Ramen (Ramyeon)
Antara menu wajib kalau pergi ke restoran Korea mestilah ramen. Mereka menyediakan pelbagai variasi ramen untuk korang pilih. Yang paling penting, mereka yang masakkan tau! Jadi, korang hanya perlu pilih je mana ramen yang korang nak makan dan berikan pada pekerja kat situ!
Ingin mencari port makanan Korea yang menarik? Tekan di sini.
So macam mana? Menarikkan? Apa lagi, jomlah kita pergi makan dekat sini. Bukan je banyak pilihan tapi harga pun berpatutan tau!
Lokasi