Warga Pasir Gudang! Min ada berita baik untuk korang. Korang teringin nak makan roti canai dan burrito yang sedap? Min cadangkan korang untuk cuba makan di Sitty Cafe. Sitty Cafe yang terletak di Pasir Gudang, Johor terkenal dengan aneka makanan yang lain daripada lain. Antara menu istimewa yang ada di kafe ini adalah seperti yang min akan listkan dekat bawah. Jadi, pastikan korang baca sampai habis ok!
Ingin mengetahui port makan menarik di Pasir Gudang? Sila tekan di sini.
Harga (RM)
Menu Istimewa
Roti Burrito Viral
Sitty Cafe telah menghasilkan satu hidangan unik yang sukar untuk didapati di kafe-kafe lain. Hidangan roti canai burrito ini telah dapat menarik perhatian pelanggan untuk mencubanya. Gabungan roti canai dan isi burrito telah menambat hati peminat burrito kerana kesedapannya.
Nasi Royale Gergasi
Sitty Cafe juga ada menghidangkan nasi royale gergasi yang boleh dimakan seramai 3-4 orang. Nasi Royale Gergasi ini mengandungi pelbagai jenis lauk seperti ayam, daging, kambing dan ikan siakap di dalam satu set. Harga set ini juga bermula daripada RM89 sehingga RM119. Aroma nasi kuning yang dimasak dengan santan dan rempah-rempah herba pasti dapat meningkatkan selera korang semua.
Ingin mengetahui tempat makan nasi royale menarik? Sila tekan di sini.
Pendapat
Bagi min, memang berbaloi bila makan dekat Sitty Cafe ni. Dahlah portion yang dihidangkan banyak, rasa pun sedap. Harga pun berpatutan. Jadi, kalau korang teringin nak rasa dua menu di atas, korang boleh dapatkan di Sitty Cafe. Nak tahu review pelanggan? Korang boleh tekan di sini.
Lokasi